Tuesday, July 31, 2012

Temasek Foundation LEaRN Scholarship at National University of Singapore


Temasek Foundation LEaRN Scholarship at National University of Singapore 
(TF-LEaRN Scholarship @ NUS)



Sukacita dimaklumkan bahawa National University of Singapore membuka peluang kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk memohon Temasek Foundation LEaRN Scholarship (TF-LEaRN Scholarship) bagi pengambilan Januari hingga Mei 2013.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.nus.edu.sg/iro/opps/others/in/tflearn/index.html.

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web www.ukm.my/pha/TFLEaRN dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 (Khamis) jam 11.00 malam kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM melalui mel-e exchange@ukm.my dengan subjek mel-e “Application for TF-LEaRN Scholarship @ NUS”.

Syarat dan kelayakan:
 Pelajar UKM sepenuh masa dan mempunyai kerakyatan daripada Negara-negara Asia kecuali Singapura;
 Pelajar tahun 2 pada sesi 2012/2013;
 Minimum CGPA 3.5;
 Mempunyai jawatan dalam mana-mana persatuan atau aktiviti atau terlibat dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan;
 MUET Band 6 atau IELTS Minimum 6

Dimaklumkan, hanya pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 15 Ogos 2012 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

(Source : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment