Pertandingan Analisis Senario Habitat Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2012
Pertandingan Analisis Senario Habitat ialah satu pertandingan di mana para peserta (pelajar) diberikan satu senario atau masalah dan mereka diminta menggunakan pemikiran kritikal untuk mencari jalan penyelesaian. Aktiviti begini adalah lebih berkesan dalam melatih pelajar berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional semasa berhadapan dengan masalah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dan menganalisis masalah yang dihadapi;
- Melatih pelajar berfikir secara logik dan membuat pertimbangan rasional dalam menyelesaikan masalah;
- Membina keyakinan diri pelajar dalam menyuarakan pendapat dan idea; dan
- Menggalakkan pelajar membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mengumpulkan maklumat yang komprehensif bagi pembentangan.
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar pertandingan adalah terdiri daripada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.
FORMAT PERTANDINGAN
1, Sebanyak 4 senario telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti berikut:-
Pengurusan Sisa Pepejal (1 Senario);
Perubahan Iklim (1 Senario)
Bandar Selamat (1 Senario)
Perumahan Mampu Milik (1 Senario)
2.Setiap kumpulan pelajar diminta untuk memilih dan menganalisis SATU senario sahaja dan merekabentuk penyelesaian yang difikirkan sesuai.
3. Analisis dan penyelesaian yang dipilih perlu dikemukakan di dalam format Powerpoint tidak melebihi 20 slaid atau saiz kapasiti 20MB dan boleh diemelkan terus kepada Urusetia. Persembahan dalam bentuk audio, video dan ciri-ciri interaktif tidak dibenarkan.
4. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
5. Hanya kumpulan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak urusetia selepas 24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN).
6. Tiga kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan disenarai pendek dan kumpulan tersebut akan dipanggil untuk sesi pembentangan di hadapan panel hakim yang dilantik oleh KPKT pada 01 Oktober 2012 di Dewan Kristal, KPKT, Putrajaya. Format pembentangan akhir adalah Powerpoint dan boleh menggunakan bahan persembahan sokongan (contoh : model, poster, grafik, multimedia) dan tempoh masa ditetapkan adalah selama 25 minit
7. Tiga kumpulan yang menyampaikan pembentangan terbaik akan dipilih sebagai pemenang tiga hadiah utama.
8. Hadiah akan disampaikan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Habitat Sedunia 2012 pada 01 Oktober 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Tempat Pertama: Wang Tunai RM5,000 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: Wang Tunai RM3,000 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM1,500 dan Sijil Penyertaan
Syarat Penyertaan
Borang Penyertaan
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
(Source : JPPel UKM)

No comments:
Post a Comment