Showing posts with label Scholarship/Loan. Show all posts
Showing posts with label Scholarship/Loan. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Penang : Permohonan Bantuan ke IPTA 2013/2014


SYARAT PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.

TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA sesi akademik pertama 2013/2014 bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dibuka mulai  9 JULAI 2013 hingga 30 SEPTEMBER 2013

DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti paparan di senarai semak kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan secara online dibuat. Sekiranya pemohon membuat permohonan online pada 30 September 2013, dokumen sokongan juga perlu dikemukakan pada hari ya ng sama iaitu 30 September 2013.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENDAFTARAN MEMASUKI KE INSTITUTI PENGAJIAN TINGGI


Saturday, March 23, 2013

Great Eastern Supremacy Scholarship


At Great Eastern Life, we believe that given the right opportunity, every individual would be able to achieve their lifetime dreams by turning their ambitions into reality.

Since the inception of  Great Eastern Supremacy Scholarship  Award  in  1998,  we  have  been  helping  talented  young Malaysians achieve their dreams by offering them a unique opportunity to develop their potential to the fullest.

Apply for our scholarship award by 30 April 2013.

* For more information:

Be the change you want to see and make a difference in your life and the lives of the ones you love.

Because we’re not just a life insurance company anymore.

We’re a LIFE company.


(Source :  Low Seong Kiem)

Saturday, October 20, 2012

Tawaran Biasiswa Texas Instruments


Panduan permohonan Biasiswa Texas Instruments “Star Student Scholarship Program”


Kriteria Pemilihan
Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa ini akan diberikan kepada calon berpendapatan rendah dan telah diterima masuk ke UM atau UKM.  Calon yang terpilih perlu  menunjukkan pencapaian serta prestasi akademik dan komitmen  kepada akademik dan ko-korikulum di universiti. Pemilihan  akan dibuat berdasarkan  kriteria berikut:


a. Semua calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik 
b. Semua calon berjaya mendapatkan  PNGK 3.00 ke atas dan cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum 
c. Semua calon hendaklah berada dalam pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam kursus yang ditetapkan 
d. Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga yang tidak melebihi RM2500 sebulan 
e. Calon yang memiliki keputusan terbaik dari tahun pertama akan diberi keutamaan dalam proses pemilihan 
f. Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN




CLICK for more information about application guideline.


Application Form


Please EMAIL a scanned copy of this application and your supporting documents to:   rawlins@ukm.my before 2 November 2012


(Source : e-Pelajar)


Saturday, September 22, 2012

Iklan Biasiswa Canon





Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd., a manufacturing facility for cameras and optical lenses and we are
one of the main producers for compact cameras and are proud to be the biggest manufacturer of optical lenses in the world.

We are looking for the best and brightest young people to pursue their education and commence a
rewarding and challenging career with us.

The Scholarship are awarded to Malaysian students who are pursuing SECOND (2nd) OR THIRD (3
rd) year full-time undergraduate studies (first degree course) tenable at five selected Universities in
Malaysia namely  Universiti Malaya (UM),  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Teknologi MARA
(UiTM)

CLICK for more information.
(Source : e-Pelajar)

Tuesday, September 11, 2012

Tawaran Biasiswa Oleh Kementerian Pengajian Tinggi Oman 2012/2013

TAWARAN BIASISWA OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI OMAN SESI AKADEMIK 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Oman melalui Kementerian Pengajian Tinggi Oman menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia sempena Program Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik Oman bagi tahun 2012/2013.

Sehubungan dengan itu calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa tersebut.

*Maklumat lanjut sila layari laman web http://www.heac.gov.om

PO Box 1079,PC 111, Seeb, Sultanate of Oman
Phone: 24584400 / Fax: 24584488
Email : info@heac.gov.om

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan terus kepada pihak Kedutaan Oman selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2012.

Sukacita sesalinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Bahagian Biasiswa
Aras 2, No.2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P.Putrajaya
(u/p: Unit Biasiswa)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Thursday, September 6, 2012

Makluman Berkenaan PTPTN bagi Sem 1 2012/2013


1. Maklumat penting bagi bakal pemohon pinjaman PTPTN
i. Pemohon mestilah berumur 45 tahun dan ke bawah untuk memohon PTPTN.
ii. Pinjaman PTPTN maksimum RM 65,000.00 sahaja
iii. Tempoh pembukaan tawaran PTPTN adalah selama sebulan sahaja setiap kali.
iv. Tempoh untuk mendapat keputusan permohonan adalah dalam 5 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima untuk diproses.
v. Proses permohonan PTPTN akan dibuat 2 kali per semester.
vi. Pembayaran oleh PTPTN akan dilakukan pada setiap Mac dan September setiap tahun selaras dengan Sesi Akademik IPTA.

2. Tarikh tutup permohonan pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1 - 30/09/2012
Kelompok 2 - 30/10/2012

3. Bagi pelajar baru yang menerima dan menggunakan Wang Pendahuluan PTPTN(WPP) berjumlah RM 1,500.00

Penerima WPP - Tuntutan Bayaran Balik
Tidak memohon pinjaman PTPTN - Selepas 6 bulan dari tarikh WPP
Memohon pinjaman PTPTN - Akan dipotong secara berperingkat RM500 setiap kali potongan pada mana-mana semester pembayaran pinjaman oleh PTPTN

4. Tarikh pelajar UKM sedia ada (lama) dijangka akan menerima pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1  - 08/09/2012
Kelompok 2 - 19/10/2012

5. Peringatan kepada pelajar untuk memastikan akaun bank yang digunakan bagi pembayaran pinjaman PTPTN sentiasa aktif (tidak berstatus domain) bagi mengelakkan pihak BIMB menghadapi masalah ketika penyaluran wang ke akaun bank pelajar. Cara untuk mengaktifkan kembali akaun bank BIMB adalah dengan melakukan apa-apa transaksi melibatkan akaun tersebut seperti simpanan atau pengeluaran.


Click HERE for more information.



(Source : e-Pelajar)

Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman Sesi Akademik 2012/2012


SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2012/2013

KAEDAH PEMILIHAN PELAJAR OLEH UNIVERSITI

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa pelajar Sarjana Muda dari UKM yang berlatar belakang keluarga miskin untuk memohon Skim Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman bagi Sesi Akademik 2012/2013..

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah sarjana muda
- Berlatar belakang keluarga miskin

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web di www.yayasantar.org.my

SEMUA PERMOHONAN MESTI DIBUAT DENGAN SOKONGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

*permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Kebajikan Pelajar, JPPel*

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

LINK

(Source : e-Pelajar)

Hadiah Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) 2012


YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR)
HADIAH DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (DTAR) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa Graduan Cemerlang dari UKM yang berasal daripada keluarga miskin dan daif untuk memohon Dermasiswa Tunku Abdul Rahman.

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam Negara di antara 1 Oktober 2011
Hingga 30 September 2012
- Berlatar belakang keluarga miskin

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan DERMASISWA TUNKU ABDUL
RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web di www.yayasantar.org.my

SEMUA PERMOHONAN MESTI DIBUAT DENGAN SOKONGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

LINK



(Source : e-Pelajar)

IKLAN BIASISWA SONY EMCS (M) SDN. BHD 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Scholarship Sony EMCS mempelawa pelajar universiti ini yang berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Program yang ditawarkan ialah
- Kejuruteraan Elektrik, elektronik / Mekanikal dan ‘Software’
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan
- Komputer Sains
- Teknologi Maklumat
- Ekonomi

Kelayakan: Diploma / Matrikulasi / Asasi – CGPA 3.00

Umur tidak melebihi 25 tahun

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon Miss Rina Wai telefon 03-89297117
or email KLScholarship.SOEM@ap.sony.com atau 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan
Embong (UKM)

Application Form

(Source : e-Pelajar)

Thursday, August 30, 2012

2012 ING INSURANCE SCHOLARSHIP


Sukacita dimaklumkan bahawa ING Insurance Scholarship mempelawa pelajar universiti ini yang
berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Program yang ditawarkan ialah
-  Perakaunan
-  Pengurusan Perniagaan
-  Komputer Sains
-  Teknologi Maklumat
-  Ekonomi
-  Undang-Undang
-  Aktuari /Matematik

Kelayakan: Diploma / Matrikulasi / Asasi – CGPA 3.50 
STPM – 3As dan 2Bs 
Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2012

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 September  2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon Puan Nor Hafizah Ahmad Marzuki
03-20584838 ext. 1417 atau 03-20584838 ext 1403 Encik Radzi  Yusof  (ING Insurance) atau
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

SCHOLARSHIP LINK
















(Source : e-Pelajar)

Friday, August 10, 2012

Penang : Bantuan RM1,000 untuk pelajar IPTA




Permohonan Baru
Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik 2012/2013 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Diploma / Setaraf dibuka mulai 8 Ogos 2012 sehingga 30 September 2012

Dokumen Sokongan
Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti paparan di senarai semak kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penghantaran permohonan secara online dibuat atau selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Hanya salinan surat tawaran ke IPTA dan salinan resit bayaran yuran ke IPTA yang perlu disahkan.

Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon dikehendaki mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan


Borang permohonan boleh dimuat-turun dari laman web IBITA

Link


Thursday, August 2, 2012

Tawaran Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2012


Adalah dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia masih membuka peluang kepada pelajar-pelajar UKM yang aktif di dalam bidang sukan untuk membuat permohonan bagi Biasiswa Sukan KPT tahun 2012.

Syarat kelayakkan minimum : Mewakili negeri ke Kejohanan SUKMA dan memenangi pingat.

Sila sediakan :
1) Salinan Surat Tawaran Belajar di UKM
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Salinan Keputusan SPM/STPM
4) Salinan Sijil-Sijil Sukan yang berkaitan
5) Laporan Ringkas Sukan (tahun, jenis sukan, nama kejohanan, tempat kejohanan dan pencapaian)

Sila hantar maklumat-maklumat tersebut kepada Pn. Umi Kalsom Hot, Pegawai Belia & Sukan di Unit Pembangunan Insaniah, Pusat Sukan UKM sebelum 10 Ogos 2012 (Jumaat). Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Pn. Umi Kalsom Hot
03-89214192 / 012-3506522

(Source : e-Pelajar)

Tuesday, July 31, 2012

Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua Tahun 2012


HEBAHAN Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua Tahun 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan
membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Kedua Tahun 2012
mulai 1 Ogos 2012 (Rabu).

*Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
*Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan
*Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan
*Pemohon hendaklah menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak di dalam borang permohonan dengan menandakan pada kotak yang berkaitan.
*Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A)/Profesional.

Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja

Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Banguanan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-55212275 / 55447543
http://tkwbns.selangor.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Monday, July 30, 2012

Malaysia Scholarships (Still Available)

1. Yayasan Tenaga Nasional 2012 : Dateline 9 August 2012

2. The Star Education Fund : Dateline 15 August 2012

3. Tan Sri Lee Loy Seng Foundation Scholarship 2012 : Dateline 14 September 2012

4. Samling Scholarship Programme 2012 : Dateline 30 September 2012

5. PTPTN : Fill in Online Application 1 Aug 2012 ;    Dateline

6. JPA : please keep checking JPA website for updates about date to start applying online and dateline. Normally, dateline is within a week after start date to apply online. Example : If it Starts at 1 Aug 2012; Dateline will be 7 Aug 2012 11.59pm

*Updates for JPA : http://esilav2.jpa.gov.my/


Penawaran Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara Bagi Sesi 2012 / 2013  
Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) mulai 6 Ogos 2012 (Isnin) jam 5:00 petang.

Iklan Tawaran PIDN 2012
















Thursday, July 26, 2012

Temasek Foundation LEaRN Scholarship at Nanyang Technological University



Temasek Foundation LEaRN Scholarship at Nanyang Technological University (TF-LEaRN Scholarship @ NTU

Sukacita dimaklumkan bahawa Nanyang Technological University, Singapore membuka peluang kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk memohon Temasek Foundation LEaRN Scholarship (TF-LEaRN Scholarship) bagi pengambilan Januari hingga Mei 2013.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ntu.edu.sg/tflearn.

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web www.ukm.my/pha/TFLEaRN dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 (Khamis) jam 11.00 malam kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM melalui mel-e exchange@ukm.my dengan subjek mel-e “Application for TF-LEaRN Scholarship @ NTU”.

Syarat dan kelayakan:

 Pelajar UKM sepenuh masa dan mempunyai kerakyatan daripada Negara-negara Asia kecuali Singapura;
 Pelajar tahun 2 pada sesi 2012/2013;
 Minimum CGPA 3.5;
 Mempunyai jawatan dalam mana-mana persatuan atau aktiviti atau terlibat dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan;
 MUET Band 6 atau IELTS Minimum 6


Maklumat lanjut sila rujuk http://admissions.ntu.edu.sg/ngs/tflearn/Pages/BeforeYouApply.aspx


Dimaklumkan, hanya pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 15 Ogos 2012 (Rabu).

Sekian, terima kasih.
(Source : e-Pelajar)

Monday, July 23, 2012

Iklan Tawaran Biasiswa Tan Sri Lee Loy Seng Bagi Tahun Akademik 20122013

TAWARAN BIASISWA TAN SRI LEE LOY SENG FOUNDATION BAGITAHUN AKADEMIK 2012/2013

Sukacita dimaklumkan Tan Sri Lee Loy Seng Foundation mempelawa pelajar-pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa tersebut.

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Pusanika.UKM Bangi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mesti disampaikan kepada alamat yang tercatat di bawah pada atau sebelum 14 September 2012 :

Administration Manager
 Tan Sri Lee Loy Seng Foundation,
 39 Persiaran Zarib 1, Taman Pinji Mewah
 31500 Lahat, Perak Darul Ridzuan
 Tel:  05-3232218
 Fax: 05-3233126 / 3234813
Email: tsllsf@taiko.com.my

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

Link
(Source : e-Pelajar)

Sunday, June 24, 2012

IKLAN TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SESI JULAI & SEPTEMBER 2012

Sukacita dimaklumkan Yayasan Pahang mempelawa kepada warganegara Malaysia serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Pahang yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana/PhD/Diploma di Universiti tempatan (IPTA/S di dalam Negara/luar Negara)

Program yang ditawarkan Perubatan/Pergigian/Farmasi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Ekonomi,Sains & Teknologi, Perbankan Islam, Perakaunan, TESL dan Sains Sosial.


Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web www.yp.org.my, borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke universiti / institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di universiti, sijil kelahiran/ sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada pejabat YP di alamat berikut:

Pengurus Bantuan Pendidikan,
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800
Fax: 09-5181888
Laman web: www.yp.gov.my / Email: ypahang@yp.org.my

Permohonan adalah dibuka pada 28hb Ogos 2012 (Isnin) 
Tarikh tutup permohonan  (Kursus Ijazah) pada 10hb September 2012(Isnin)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

Link 
(Source : e-pelajar)