Showing posts with label HEJIM. Show all posts
Showing posts with label HEJIM. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Tawaran Latihan Industri di Bahagian Korporat & Komunikasi, PKNNS mulai tahun 2013


Tawaran Kepada Bakal Graduan Untuk Menjalani Latihan Industri Di Bahagian Korporat & Komunikasi, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Mulai Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Korporat & Komunikasi, PKNNS ingin menawarkan peluang menjalani Latihan Industri kepada bakal graduan daripada mana-mana institusi Pengajian Tinggi Awam/Kolej-kolej MARA/Politeknik.

Keutamaan diberikan kepada bakal graduan dalam Jurusan Komunikasi/ Perhubungan Awam/ Kesetiausahaan. Namun bagi jurusan lain seperti Teknologi Maklumat dan Pentadbiran Perniagaan juga digalakkan memohon.

Para Pelatih akan diberi pendedahan tentang kerja-kerja kesetiausahaan, kerja-kerja penerbitan seperti video korporat, buletin/majalah dan laporan tahunan serta penganjuran acara/majlis yang berkaitan. Seramai 2 orang pelatih diperlukan dan akan diberikan elaun sebagai insentif.


Sila KLIK untuk Maklumat Lanjut.


(Source : e-Pelajar)

CERAMAH KERJAYA “EFFECTIVE RESUME FOR SUCCESSFUL INTERVIEWS”


KEPADA: 
1) Semua Pelajar program Perakaunan yang akan menjalani Latihan Industri bagi Sem 1 Sesi 2013/2014
2) Semua Pelajar program Pentadbiran Perniagaan dan program Ekonomi yang akan menjalani Latihan Industri bagi Sem 3 Sesi 2012/2013


Para pelajar yang akan mengikuti program Latihan Industri diwajibkan hadir ke Ceramah Kerjaya "Effiective Resume for Successful Interviews"

PADA : 20 MAC 2013 (RABU)
MASA : 2.30 PTG ~ 4.30 PTG
TEMPAT : DEWAN KULIAH 5, FEP

SILA PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN FORMAL.




Monday, December 10, 2012

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia


Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia akan diadakan pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a) Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia (goodies berupa ‘safety hammer’ akan diberikan kepada peserta yang hadir).
b) Permainan Facebook ‘Allianz Drive Master’ dan hadiah yang akan dimenangi adalah merchandise Formula 1 (F1).
c) Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain.
d) Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal.
e) Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis dan taklimat serta aktiviti kempen. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Mohon semua pelajar untuk menghebahkan tentang majlis dan taklimat ini serta aktiviti kempen kepada rakan-rakan. Semua pelajar yang menghadiri majlis dan taklimat ini akan diberikan surat pengecualian kuliah (sekiranya perlu). Sila klik untuk agenda dan poster kempen. Lawati dan ‘like’ facebook HEJIM (www.facebook.com/UKMhejim) untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, mohon hubungi Puan Farah di talian 89213355




(Source : e-Pelajar)

Wednesday, June 27, 2012

Jemputan Menyertai Graduate Aptitude Programme 2 (GAP 2)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri, HEJIM akan menganjurkan Graduate Aptitude Programme (GAP) 2. GAP 2 merupakan kesinambungan projek rintis meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa UKM, iaitu GAP yang telah dijalankan pada 2011 dengan penyertaan seramai 400 orang pelajar.

Bagi tahun 2012, maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 1 – 15 Julai 2012
Tempat : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan di dalam program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), UKM.

Bagi GAP 2, fokus utama penyertaan adalah kepada pelajar dari Tahun 1 dan 2 yang mendapat MUET di bawah jalur 4 (4 – 1). Sungguhpun begitu, penyertaan daripada mahasiswa di luar lingkungan ini juga adalah dialu-alukan.

Satu sesi pendaftaran akan diadakan sepertimana berikut :

Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Foyer PUSANIKA (berhadapan Bilik Gerakan HEP)

Untuk maklumat lanjut sila semak poster.

(source : e-Pelajar)