Friday, December 14, 2012

Notis Pengesahan Kolej Bagi Sem 2 Sesi 2012/2013


1. PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER II SESI 2012/2013
A) sila buat pengesahan mulai 17 hingga 31 Disember 2012
B) selepas tarikh ini pengesahan penginapan anda akan dirujuk kepada pengetua kolej untuk kelulusan
C) pengesahan hendaklah melalui web : https://smp.ukm.my/upp/
D) pendaftaran masuk kolej mulai 18 Februari 2013

2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2012/2013
A) pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara "on line" https://smp.ukm.my/upp/mulai 1 hingga 31 Disember 2012
B) keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms sebelum semester 2 dibuka

3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER I SESI 2012/2013
A) tarikh akhir mengosongkan bilik pada 19 Januari 2013
B) permohonan penginapan luar semester (Sem 5) adalah secara "online" https://smp.ukm.my/upp/ mulai 1 hingga 15 Januari 2013.

(Source : e-Pelajar)

Monday, December 10, 2012

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia


Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia akan diadakan pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a) Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia (goodies berupa ‘safety hammer’ akan diberikan kepada peserta yang hadir).
b) Permainan Facebook ‘Allianz Drive Master’ dan hadiah yang akan dimenangi adalah merchandise Formula 1 (F1).
c) Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain.
d) Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal.
e) Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis dan taklimat serta aktiviti kempen. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Mohon semua pelajar untuk menghebahkan tentang majlis dan taklimat ini serta aktiviti kempen kepada rakan-rakan. Semua pelajar yang menghadiri majlis dan taklimat ini akan diberikan surat pengecualian kuliah (sekiranya perlu). Sila klik untuk agenda dan poster kempen. Lawati dan ‘like’ facebook HEJIM (www.facebook.com/UKMhejim) untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, mohon hubungi Puan Farah di talian 89213355




(Source : e-Pelajar)

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA BAGI TAHUN 1 DAN 3


Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar Tahun 1 dan 3 akan diadakan pada:

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 dan 13 Disember 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi.



(Source : e-Pelajar)


Thursday, December 6, 2012

Hebahan Jemputan Menjadi Sukarelawan Kementerian Pelancongan


Semua warga UKM (kakitangan dan mahasiswa) adalah dijemput menjadi sukarelawan di bawah program anjuran Kementerian Pelancongan.

Program pertama yang bakal melibatkan sukarelawan adalah Karnival Majlis Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Karnival ini akan diadakan pada 18-20 Januari 2013 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, KL.

Kenderaan akan disediakan. Sijil penyertaan dan tshirt turut diberikan. Taklimat lanjut akan turut diadakan dan akan dimaklumkan kemudian.

Antara tugas sukarelawan termasuklah menjadi penyambut tetamu, menjaga Kaunter Informasi, mengedar risalah kepada pelawat, bertugas di kawasan sekitar tapak/booth pameran, menunjuk arah kepada tetamu, memantau keceriaan tapak & membantu tugas urusetia sepanjang karnival.

Mahasiswa khususnya amat digalakkan menjadi sukarelawan ini kerana selain menimba pengalaman, peluang ini harus dimanfaatkan untuk memperkukuh pelbagai kemahiran di samping meneroka peluang kerjaya/perniagaan di masa akan datang.

Sekiranya berminat, sila emelkan nama, no kad pengenalan, jantina, no hp, emel & saiz baju ke noor.salini@gmail.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Salini di Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel melalui talian
03-89213194/3146/4530 atau Facebook Lini UKM.

Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai program, sila hubungi pihak Kementerian Pelancongan, En Affendy Shamsudin di talian 03-88917309 atau emel affendy@motour.gov.my.



(Source : e-Pelajar)