Friday, December 14, 2012

Notis Pengesahan Kolej Bagi Sem 2 Sesi 2012/2013


1. PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER II SESI 2012/2013
A) sila buat pengesahan mulai 17 hingga 31 Disember 2012
B) selepas tarikh ini pengesahan penginapan anda akan dirujuk kepada pengetua kolej untuk kelulusan
C) pengesahan hendaklah melalui web : https://smp.ukm.my/upp/
D) pendaftaran masuk kolej mulai 18 Februari 2013

2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2012/2013
A) pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara "on line" https://smp.ukm.my/upp/mulai 1 hingga 31 Disember 2012
B) keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms sebelum semester 2 dibuka

3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER I SESI 2012/2013
A) tarikh akhir mengosongkan bilik pada 19 Januari 2013
B) permohonan penginapan luar semester (Sem 5) adalah secara "online" https://smp.ukm.my/upp/ mulai 1 hingga 15 Januari 2013.

(Source : e-Pelajar)

Monday, December 10, 2012

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia


Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia akan diadakan pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a) Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia (goodies berupa ‘safety hammer’ akan diberikan kepada peserta yang hadir).
b) Permainan Facebook ‘Allianz Drive Master’ dan hadiah yang akan dimenangi adalah merchandise Formula 1 (F1).
c) Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain.
d) Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal.
e) Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis dan taklimat serta aktiviti kempen. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Mohon semua pelajar untuk menghebahkan tentang majlis dan taklimat ini serta aktiviti kempen kepada rakan-rakan. Semua pelajar yang menghadiri majlis dan taklimat ini akan diberikan surat pengecualian kuliah (sekiranya perlu). Sila klik untuk agenda dan poster kempen. Lawati dan ‘like’ facebook HEJIM (www.facebook.com/UKMhejim) untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, mohon hubungi Puan Farah di talian 89213355




(Source : e-Pelajar)

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA BAGI TAHUN 1 DAN 3


Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar Tahun 1 dan 3 akan diadakan pada:

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 dan 13 Disember 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi.



(Source : e-Pelajar)


Thursday, December 6, 2012

Hebahan Jemputan Menjadi Sukarelawan Kementerian Pelancongan


Semua warga UKM (kakitangan dan mahasiswa) adalah dijemput menjadi sukarelawan di bawah program anjuran Kementerian Pelancongan.

Program pertama yang bakal melibatkan sukarelawan adalah Karnival Majlis Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Karnival ini akan diadakan pada 18-20 Januari 2013 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, KL.

Kenderaan akan disediakan. Sijil penyertaan dan tshirt turut diberikan. Taklimat lanjut akan turut diadakan dan akan dimaklumkan kemudian.

Antara tugas sukarelawan termasuklah menjadi penyambut tetamu, menjaga Kaunter Informasi, mengedar risalah kepada pelawat, bertugas di kawasan sekitar tapak/booth pameran, menunjuk arah kepada tetamu, memantau keceriaan tapak & membantu tugas urusetia sepanjang karnival.

Mahasiswa khususnya amat digalakkan menjadi sukarelawan ini kerana selain menimba pengalaman, peluang ini harus dimanfaatkan untuk memperkukuh pelbagai kemahiran di samping meneroka peluang kerjaya/perniagaan di masa akan datang.

Sekiranya berminat, sila emelkan nama, no kad pengenalan, jantina, no hp, emel & saiz baju ke noor.salini@gmail.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Salini di Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, JPPel melalui talian
03-89213194/3146/4530 atau Facebook Lini UKM.

Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai program, sila hubungi pihak Kementerian Pelancongan, En Affendy Shamsudin di talian 03-88917309 atau emel affendy@motour.gov.my.



(Source : e-Pelajar)

Sunday, November 25, 2012

PENGEDARAN KMJP SEM I SESI 2012-2013


PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2012-2013

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan bermula pada 2 hingga 18 Januari 2013.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012.

Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.

Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

(Source : e-Pelajar)

Tuesday, November 20, 2012

Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

PENYERAAHAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA BAGI PELAJAR UKM BANGI


Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar UKM Bangi akan diadakan pada:

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 21, 22 dan 22 November 2012 (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi

UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DAN PPUKM
AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN


Untuk makluman semua pelajar-pelajar, sebelum datang ke Kaunter penyerahan Kad Diskaun 1Malaysia, mohon semua pelajar lihat terlebih dahulu senarai nama yang di lampirkan dan di papan kenyataan yang disediakan. Sila lihat nombor BILANGAN dan M/S bagi memudahkan penyerahan kad tersebut.

HANYA Bagi pelajar yang tersenarai dan bertanda ( / ) adalah pelajar yang ada kad.

Bagi pelajar yang tiada bertanda ( / ) begitu juga pelajar yang tiada tersenarai,dan tiada kad (Bagi Tahun 2) sila datang ke meja masalah pada hari tersebut, di meja yang telah disediakan.

Bagi Pelajar Tahun 1 Penyerahan Kad Diskaun Siswa Akan Dimaklumkan Kemudian


(Source : e-Pelajar)


Monday, November 19, 2012

KTM 1 Malaysia Card


Dateline : 21 Nov 2012

Time : 11am-8pm

How :
1. Bring along your photocopied IC, Go to Kajang KTM Station to fill in the form, Pay RM1, and you will get the KTM Card

OR

2. Fill in http://intranet2.ktmb.com.my/kom1m/, print a copy of the application form and bring along your photocopied IC to Kajang KTM Station, Pay RM1, and you will get the KTM Card




Saturday, November 17, 2012

Peringatan Penilaian Pengajaran Kursus


PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI  2012-2013


Tarikh penilaian pelajar di Sistem Penilaian Pengajaran & Penyeliaan, SPPP Semester 1 Sesi 2012/2013 bagi pelajar Prasiswazah akan bermula pada 26 November sehingga 28 Disember 2012 melalui http://smp.ukm.my/sppk/.


Pelajar dinasihatkan untuk membuat penilaian lebih awal sebelum tarikh pendaftaran awal bagi mengelakkan masalah pada capaian. 

-Sila Lengkapkan Penilaian sebelum Membuat Pendaftaran Kursus-


(Source : smpweb)


Wednesday, November 7, 2012

Kerja-kerja Penyelenggaraan Peralatan Rangkaian, UKM


Adalah dimaklumkan bahawa pihak pembekal peralatan rangkaian akan menjalankan kerja-kerja 'preventive maintenance' pada 10 dan 11 november ini dari jam 8 pg hingga 6 ptg di kawasan-kawasan seperti berikut :-


10 November 2012- Pusat Teknologi Maklumat, FKAB, FTSM dan Pusat Pengajian Sains Matematik.
11 November 2012 - Kolej Rahim Kajai, FSSK, Pentadbiran dan FEP


Sehubungan itu dijangkakan akan terdapat gangguan rangkaian sepanjang kerja-kerja dijalankan di lokasi tersebut. Segala kesulitan amat kami kesali. Terima kasih

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, October 31, 2012

GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN DI UKM PADA 3 NOV 2012


Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik volatan rendah di bangunan Pusat Teknologi Maklumat yang melibatkan bilik suis utama pada hari sabtu, 3 November 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bekalan elektrik akan diputuskan sementara waktu dan sehubungan dengan itu capaian rangkaian di seluruh UKM akan terganggu di sepanjang proses pemasangan tersebut.

Segala kesulitan amat kami kesali


(Source : e-Pelajar)

Monday, October 29, 2012

Penyemakan & Penghantaran Dokumen Perjanjian PTPTN bagi Kelompok 2 sesi 2012/2013

PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013 (KELOMPOK II)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok lI) pelajar dikehendaki menghantar Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2012 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03‐89215316/03‐89214368 Puan Wan Roshana Wan Embong/Puan Nur’Aina Mohd Muzamil (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, October 24, 2012

Change on the Date for Returning The Convocation Robe for Postgraduate Graduate


There is a change on the date for returning the convocation robe. NO return for Postgraduate robe on the 25TH OF OCTOBER 2012 (THURSDAY). The gown return will be resumed back on the 29th of October 2012 (Monday). Please refer to the return schedule of the convocation robe for Postgraduate on the website www.ukm.my/konvo for further details. Sorry for the inconvenience.

Thank you.

[Versi BM] Pindaan Tarikh Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol Graduan Siswazah

Dimaklumkan terdapat pindaan bagi tarikh pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan siswazah. TIADA urusan pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah pada 25 OKTOBER 2012 (KHAMIS). Pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah akan disambung semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin). Rujuk semula jadual urusan pemulangan jubah di laman web www.ukm.my/konvo untuk maklumat lanjut. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

(Source : e-Pelajar)


GRADUATE APTITUDE PROGRAMME (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri (PHI, HEJIM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Masyarakat (FSSK) dan Scicom Academy Sdn Bhd akan menganjurkan Graduate Aptitude Programme (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012 pada 8 – 21 November 2012 bertempat di FSSK. 

Program ini adalah kesinambungan kepada program GAP 2011 yang telah diadakan dan melibatkan penyertaan seramai 325 orang pelajar tahun akhir UKM. Oleh yang demikian, penganjuran kali ini memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan persediaan graduan dari gugusan Sains Sosial untuk melangkah ke alam kerjaya.

Bagi pelajar yang berminat untuk mendaftar dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hubungan Industri , En Haiqal (03.8921.4656) atau Pn. Wahidah (03.8921.4604).





(Source : e-Pelajar)

Saturday, October 20, 2012

Tawaran Biasiswa Texas Instruments


Panduan permohonan Biasiswa Texas Instruments “Star Student Scholarship Program”


Kriteria Pemilihan
Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa ini akan diberikan kepada calon berpendapatan rendah dan telah diterima masuk ke UM atau UKM.  Calon yang terpilih perlu  menunjukkan pencapaian serta prestasi akademik dan komitmen  kepada akademik dan ko-korikulum di universiti. Pemilihan  akan dibuat berdasarkan  kriteria berikut:


a. Semua calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik 
b. Semua calon berjaya mendapatkan  PNGK 3.00 ke atas dan cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum 
c. Semua calon hendaklah berada dalam pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam kursus yang ditetapkan 
d. Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga yang tidak melebihi RM2500 sebulan 
e. Calon yang memiliki keputusan terbaik dari tahun pertama akan diberi keutamaan dalam proses pemilihan 
f. Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN




CLICK for more information about application guideline.


Application Form


Please EMAIL a scanned copy of this application and your supporting documents to:   rawlins@ukm.my before 2 November 2012


(Source : e-Pelajar)


Tuesday, October 16, 2012

Permohonan Masuk Peperiksaan & Draf Jadual Waktu Peperiksaan Sem I, 2012-2013

Semua Pelajar Program Prasiswazah,

a) Peperiksaan akhir Sem I Sesi 2012-2013 akan dijalankan pada 2 hingga 20 Januari 2013.

b) Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 5 hingga 11 November 2012.

c) Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

d) Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012.

e) Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

KLIK untuk maklumat lanjut. [Versi Melayu]

CLICK for more information [English Version]

(Source : e-Pelajar)

Monday, October 15, 2012

Lantern Festival IZISH

Date : 17/10/2012

Time : 6.30pm-10pm

Venue : Cafeteria Avenue, IZISH





JPA : Keputusan Program Ijazah Dalam Negara 2012


Dimaklumkan bahawa keputusan bagi permohonan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2012 boleh disemak mulai 18 Oktober 2012 mulai jam 5.00 Petang.

http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/




Tuesday, October 9, 2012

Program Sihat - Senamrobik & Senamseni

Please be informed that UKM Sports Centre is inviting all UKM-ers to participate in the Aerobic Program as follows :

Day: Every Monday, Tuesday & Friday
Time: 5.30 pm
Venue: UKM Sports Centre

Clothing color theme:
Monday - Blue
Tuesday - Green
Friday - Red

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM menjemput semua warga UKM untuk menyertai program Program Sihat - Senamrobik & Senamseni seperti berikut:

Hari: Setiap Isnin, Selasa & Jumaat
Masa: 5.30 petang
Tempat: Pusat Sukan UKM

Tema warna pakaian:
Isnin - Biru
Selasa - Hijau
Jumaat - Merah

Aktiviti ini akan tetap diteruskan sekiranya hari hujan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
03-8921 4192 Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454 En. Asyraf / En. Yazid / Cik Alia


(Source : e-Pelajar)

Monday, October 8, 2012

Penyemakan Dan Penghantaran Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendididkan PTPTN Bagi Sesi 2012/2013 (Kelompok I)


Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok l) pelajar dikehendaki menghantar Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 , 13 dan 14 Oktober 2012 (Jumaat,Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM Bangi

UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DAN PPUKM
Tarikh : 17hb Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Ruang Legar Tingkat 1 Blok E (TIBE) UKMKL

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(Source : e-Pelajar)

Introduction Week for Student Societies

Date : 8-12 October 2012

Venue : Pusanika & Faculty


(Source : e-Pelajar)

Friday, October 5, 2012

Bas UKM 2012/2013


Zon 2 (KOLEJ PENDETA ZABA) : bermula dari Kolej Pendeta Za’ba- melalui Fakulti Kejuruteraan,Fakulti Pendidikan, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, belakang Pusanika, Fakulti Pengajian Islam,-Berpatah Balik melalui Fakulti Pendidikan
, Fakulti Kejuruteraan, terus ke Kolej Pendeta Za’ba

Zon 3 (KOLEJ KERIS MAS) : Bermula dari kolej Keris Mas, - melalui Kelab Golf Danau, Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat- berpatah balik melalui Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Masjid, Pintu Utama, Pintu Pavillion, Kelab Golf Danau- terus ke kolej Keris Mas

Zon U (FAK. UNDANG-UNDANG) : Bermula dari Kolej Keris Mas – melalui Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Ibu Zain, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Fakulti Undang-Undang- berpatah balik melalui Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,belakang Pusanika,melalui jalan bersebelahan DECTAR,Kolej Rahim Kajai,Kolej Ibu Zain, Pusat Pengajian Siswazah-terus ke Kolej Keris Mas

Zon 6K (STESEN KOMUTER UKM) : Bermula dari Stesen Komuter UKM- masuk di Pintu Pagar Pavilillion-melalui kelab Golf danau,Kolej Keris Mas, Pusat Pengajian Siswazah,Kolej Ibu Zain,Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang,Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi,Fakulti Pendidikan,Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat – berpatah balik melalui Pintu Kejuruteraan – terus ke Stesen komuter UKM

Zon 6Z (STESEN KOMUTER UKM) : Bermula dari Stesen Komuter UKM-masuk di Pintu Pagar Pavillion,melalui Kolej Rahim Kajai,Kolej Dato’ Onn, fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat sehingga ke Kolej Pendeta Za’ba- berpatah balik melalui Pintu Fakulti Kejuruteraan – terus ke Stesen Komuter UKM


Waktu Rehat: (1pm - 2pm) & (7pm - 8pm) 



(Source : PMUKM)

Wednesday, October 3, 2012

Launch of UKM Lantern Festival

Organiser : Pesta Tanglung UKM

Date : 2 October 2012

Time : 6pm

Venue : Dewan Gemilang, UKM

Interesting Programs :
a) Lanterns Exhibition
b) Launching Sky Lanterns


Click Here for more Photos. 

Pelekat Kereta/Motosikal Pelajar Sesi 2012/2013

UKM Traffic System : http://www.ukm.my/trafik/default.htm

>>Don't forget to register your vehicles at http://www.ukm.my/trafik/default.htm and get your sticker at Wisma Aman.
Sticker effective Date is 1 October 2012.
Bring along your license, matric card and car/motor grants when you buy the sticker from Wisma Aman. <<

Tarikh pendaftaran kenderaan pelajar untuk sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah:

Siswazah : bermula 2 September 2012
Pra Siswazah : bermula 2 September 2012
Tarikh kuatkuasa pelekat : 1 Oktober 2012

Prosidur Pendaftaran Kenderaan Pelajar

1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2012/2013 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
-Lesen yang masih sah digunakan
-Kad Matrik
-Geran Asal atau salinan geran
-Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut
4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.

(Source : Sistem Trafik UKM)

Friday, September 28, 2012

Makluman untuk Graduan bagi Konvokesyen UKM ke 40 (KPG dan SMA)


PERHATIAN KEPADA GRADUAN UKM BAGI KONVOKESYEN UKM KE – 40, 2012

Kajian Pengesanan Graduan (KPG) & Sistem Maklumat Alumni (SMA) , UKM
Sama ada saudara/i hadir atau tidak pada majlis konvokesyen ini, saudara/i juga diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2012 (KPG) melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2012.

Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah. Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumniukm.

Sebarang pertanyaan berkaitan KPG dan SMA, saudara/i boleh menghubungi Pejabat Perhubungan Alumni, UKM (En. Mohd Fauzi :03-8921 4699 dan Pn. Norliza :03-8921 4702).


(Source : e-Pelajar)

Monday, September 24, 2012

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia(SUKEM) 2012


Tarikh : 29 September – 17 Oktober 2012

Tempat : Kompleks Sukan UKM, Bangi

KOLEJ-KOLEJ YANG MENYERTAI :
Kolej Dato Onn
Kolej Aminuddin Baki
Kolej Ungku Omar
Kolej Burhanuddin Hilmi
Kolej Rahim Kajai
Kolej Ibrahim Yaakob
Kolej Keris Mas
Kolej Antarabangsa Ibu Zain
Kolej Tun Syed Nasir
Kolej Tun Dr. Ismail
Kolej Pendeta Za’ba
Kolej Tun Hussein Onn
Pasukan Luar Kampus (NHO) / Internatinal Student Centre

SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN :
Bolasepak Bola Jaring
Sepak Takraw Tenis Campuran
Ping Pong Campuran Badminton Campuran
Bola Tampar (L & W) Hoki (L & W)
Kriket 20 Oval Golf (L & W)
Bola Tampar Pantai (L & W) Bola Baling (L & W)
Bola Keranjang (L & W) Sofbol (L & W)
Ragbi 7 Sebelah Catur Campuran
Futsal (L & W) Boling Padang (L & W)
Tenpin Bowling Campuran Woodball Campuran
Skuasy Terbuka Pencak Silat
Taekwondo Olahraga
Renang

Unit pengurusan Acara : 03-89214839/4818

Urusetia Kejohanan :
Encik Mohd Airul Hafis Zulkifli : 4818
Encik Hazli Hapiz : 4839
Puan Zalina Yasin : 4839

KLIK untuk Jadual SUKEM

(Source : e-Pelajar)

Sunday, September 23, 2012

PTSL Opening Hours During Sem 1, 2012/2013


OPENING HOURS DURING SEMESTER 1 SESSION 2012/2013 (10 SEPT 2012 - 9 NOV 2012) :-


  • Monday-Friday : 8am-10.30pm
  • Saturday & Sunday : 10am-5pm
  • First Saturday & Public Holiday : Closed


(Source : PTSL)


Saturday, September 22, 2012

Iklan Biasiswa Canon





Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd., a manufacturing facility for cameras and optical lenses and we are
one of the main producers for compact cameras and are proud to be the biggest manufacturer of optical lenses in the world.

We are looking for the best and brightest young people to pursue their education and commence a
rewarding and challenging career with us.

The Scholarship are awarded to Malaysian students who are pursuing SECOND (2nd) OR THIRD (3
rd) year full-time undergraduate studies (first degree course) tenable at five selected Universities in
Malaysia namely  Universiti Malaya (UM),  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Teknologi MARA
(UiTM)

CLICK for more information.
(Source : e-Pelajar)

Friday, September 14, 2012

Tawaran PIDN 1(JPA) UKM Sesi Akademik 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan senarai nama pelajar yang ditawarkan PIDN 1 bagi Sesi Akademik 2012.

Sehubungan dengan itu, cetakan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian akan dilakukan secara online seperti tarikh berikut:
Tarikh sistem di buka : 11 September 2012
Tarikh sistem ditutup : 17 September 2012

Tarikh pemulangan Lampiran B dan dokumen Perjanjian : 1 Oktober 2012

Sehubungan dengan itu calon-calon yang berjaya di tawarkan Biasiswa JPA, Borang Lampiran B dan Dokumen Perjanjian yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar ke Pejabat Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika UKM, Bangi dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


Cetakan Surat Tawaran dan Dokumen dokumen Perjanjian lepasan PIDN 1 Tahun 2011 (Asasi dan Matrikulasi) ke Peringkat Ijazah bagi kemasukan September 2012.  

Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Tawaran dan Dokumen-dokumen Perjanjian boleh dicetak bermula 11/9/2012 sehingga 17/9/2012. Sehubungan dengan itu, ke semua dokumen yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada HEP Universiti masing-masing bagi pengumpulan dan seterusnya dihantar ke JPA.

http://esilav2.jpa.gov.my/
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

(Source : e-Pelajar)

Kad Matrik Pelajar (Permohonan Baru(pelajar baru sahaja)/ Hilang/Rosak)


Perhatian kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi permohonan Kad Matrik baru (pelajar baru sahaja) dan yang mengalami masalah akibat hilang atau rosak diminta membuat permohonan di laman sesawang www.ukm.my/ukmcard dan membuat bayaran di Kaunter Bendahari Aras 1 Bangunan Canselori UKM Bangi. ( sila lampirkan resit sebagai bukti bayaran sebelum mengambil Kad ).

Maklumat tentang proses pengambilan sila berhubung dengan Bahagian/Pusat/Institut/Fakulti masing-masing.

(Source : e-Pelajar)

Thursday, September 13, 2012

Pelaksanaan Kajian Malaysian Soft Skills Scale (MY3S) Pelajar Tahun PERTAMA di UKM

Sukacita dimaklumkan Pelajar Tahun Pertama di UKM adalah diwajibkan untuk membuat penilaian Instrumen Malaysian Soft Skills Scale (MY3S) ini menerusi online pada laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s bermula 14 – 21 September 2012 yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Ianya bagi membantu Universiti dan memastikan Penarafan Tier 5 (cemerlang) yang diterima UKM bagi penarafan SETARA ’09 mencapai kepada Tier 6 (terbilang) bagi penarafan SETARA ‘11.

Hadiah istimewa berupa IPAD akan diberikan kepada pelajar tahun pertama yang bertuah.



Tawaran Latihan Industri di A&A Scientific Resources Sdn Bhd

Position: Human Resource, Accounting, Laboratory Technician



Requirements:
1) Ability to work with minimum supervision
2) Independent and a good team player
3) Able to communicate well with all level of staff

Please forward your complete resume and contact telephone number together with a recent passport-sized photograph by apply on-line or e-mail to syafira@environment.com.my or fax to 03-55103701.

We regret to inform that only shortlisted candidates will be notified.

Human Resource Department
A & A Scientific Resources Sdn. Bhd,
Bangunan Makmal Penyelidikan Alam Sekitar,
Kolej Kediaman Kenanga 2,
Universiti Teknologi Mara,
Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 0663
fax : 03-5510 3701
e- mail: syafira@environment.com.my
www.environment.com.my

(Source : e-Pelajar)

NOTIS MAKLUMAN PENGINAPAN KOLEJ IBRAHIM YAAKUB


NOTIS PEMBERITAHUAN : BAGI PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKUB YANG TELAH MEMBUAT PENGESAHAN PENGINAPAN BAGI PENDAFTARAN PENGINAPAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2012/2013 TETAPI MASIH LAGI TIDAK BERDAFTAR.

TARIKH AKHIR UNTUK MENDAFTAR KOLEJ (BILIK) SEHINGGA 19 SEPTEMBER 2012 (RABU).

SELEPAS TARIKH TERSEBUT BILIK AKAN DITAWARKAN KEPADA PELAJAR BAGI KES RAYUAN DAN PERMOHONAN BARU.

HARAP MAKLUM.

( LELAKI : 55 TIDAK MENDAFTAR , PEREMPUAN: 43 TIDAK MENDAFTAR )

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, September 12, 2012

UKM Victory Run 2012


Adalah dimaklumkan Kelab Olahraga UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM akan menganjurkan UKM Victory Run 2012 pada 22 September 2012 bertempat di Pusat Sukan UKM dan melibatkan 4 kategori iaitu 8 KM (lelaki dan wanita) dan 10 KM (lelaki dan wanita). Berikut adalah maklumat program :

Tarikh : 22 September 2012
Tempat : Pusat Sukan UKM
Masa Pendaftaran : 5.00 Pagi
Masa Larian : 7.30 Pagi

Berikut dilampirkan borang penyertaan kepada sesiapa yang berminat. UKM Victory Run terbuka kepada pihak luar yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi cik alia di talian 03-89214454/017-6238927 atau cik alwani 019-2362352.

(Source : e-Pelajar)

Tuesday, September 11, 2012

Ringkasan Aktiviti Pendaftaran Dan Peperiksaan Bagi Sem 1, 2012-2013


(Source : e-Pelajar)

SEMESTER III OF THE 2011-2012 ACADEMIC SESSION EXAMINATION RESULTS

All undergraduate students

The Semester III of the 2011-2012 Academic Session examination results can be viewed via https://smp.ukm.my/smpweb/ and by texting:

UKM RESULT< Matrix no> < I.C. number/Passport no. to 15888.

The result can be viewed starting on the 18th of September 2012 .

The official result will be distributed via the Dean’s office of your faculty commencing 24th September 2012.

For graduand, the official result will be sent to your permanent address commencing 24th of September 2012.

(Source : e-Pelajar)

Tawaran Biasiswa Oleh Kementerian Pengajian Tinggi Oman 2012/2013

TAWARAN BIASISWA OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI OMAN SESI AKADEMIK 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Oman melalui Kementerian Pengajian Tinggi Oman menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia sempena Program Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik Oman bagi tahun 2012/2013.

Sehubungan dengan itu calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa tersebut.

*Maklumat lanjut sila layari laman web http://www.heac.gov.om

PO Box 1079,PC 111, Seeb, Sultanate of Oman
Phone: 24584400 / Fax: 24584488
Email : info@heac.gov.om

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan terus kepada pihak Kedutaan Oman selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2012.

Sukacita sesalinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Bahagian Biasiswa
Aras 2, No.2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P.Putrajaya
(u/p: Unit Biasiswa)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Panduan Kewangan Pelajar

Kandungan Panduan :

  • KLASIFIKASI YURAN YANG DIKENAKAN
  • POLISI BAYARAN BALIK
  • TABUNG AMANAH ZAKAT
  • INSURAN PERUBATAN BERKELOMPOK
  • PENGURUSAN KEGIATAN/PROGRAM PELAJAR
  • KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
  • KADAR YURAN Pra Siswazah, Pasca Siswazah, Kolej Kediaman
Sila KLIK untuk Maklumat Lanjut.


(Source : e-Pelajar)



Taklimat Perpustakaan untuk Pelajar Baru

Dimaklumkan bahawa Taklimat Perpustakaan WAJIB dihadiri oleh semua pelajar baru.

Kursus akan diadakan selama 8 hari. Anda hanya perlu memilih 1 tarikh seperti jadual di bawah untuk hadir taklimat selama 2 ham.

Sila datang ke perpustakaan untuk mendaftar.


(Sumber : Student Executive Council IZISH 2012/2013)

Thursday, September 6, 2012

Makluman Berkenaan PTPTN bagi Sem 1 2012/2013


1. Maklumat penting bagi bakal pemohon pinjaman PTPTN
i. Pemohon mestilah berumur 45 tahun dan ke bawah untuk memohon PTPTN.
ii. Pinjaman PTPTN maksimum RM 65,000.00 sahaja
iii. Tempoh pembukaan tawaran PTPTN adalah selama sebulan sahaja setiap kali.
iv. Tempoh untuk mendapat keputusan permohonan adalah dalam 5 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima untuk diproses.
v. Proses permohonan PTPTN akan dibuat 2 kali per semester.
vi. Pembayaran oleh PTPTN akan dilakukan pada setiap Mac dan September setiap tahun selaras dengan Sesi Akademik IPTA.

2. Tarikh tutup permohonan pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1 - 30/09/2012
Kelompok 2 - 30/10/2012

3. Bagi pelajar baru yang menerima dan menggunakan Wang Pendahuluan PTPTN(WPP) berjumlah RM 1,500.00

Penerima WPP - Tuntutan Bayaran Balik
Tidak memohon pinjaman PTPTN - Selepas 6 bulan dari tarikh WPP
Memohon pinjaman PTPTN - Akan dipotong secara berperingkat RM500 setiap kali potongan pada mana-mana semester pembayaran pinjaman oleh PTPTN

4. Tarikh pelajar UKM sedia ada (lama) dijangka akan menerima pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1  - 08/09/2012
Kelompok 2 - 19/10/2012

5. Peringatan kepada pelajar untuk memastikan akaun bank yang digunakan bagi pembayaran pinjaman PTPTN sentiasa aktif (tidak berstatus domain) bagi mengelakkan pihak BIMB menghadapi masalah ketika penyaluran wang ke akaun bank pelajar. Cara untuk mengaktifkan kembali akaun bank BIMB adalah dengan melakukan apa-apa transaksi melibatkan akaun tersebut seperti simpanan atau pengeluaran.


Click HERE for more information.



(Source : e-Pelajar)

Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman Sesi Akademik 2012/2012


SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2012/2013

KAEDAH PEMILIHAN PELAJAR OLEH UNIVERSITI

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa pelajar Sarjana Muda dari UKM yang berlatar belakang keluarga miskin untuk memohon Skim Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman bagi Sesi Akademik 2012/2013..

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah sarjana muda
- Berlatar belakang keluarga miskin

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web di www.yayasantar.org.my

SEMUA PERMOHONAN MESTI DIBUAT DENGAN SOKONGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

*permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Kebajikan Pelajar, JPPel*

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

LINK

(Source : e-Pelajar)

Hadiah Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) 2012


YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR)
HADIAH DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (DTAR) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa Graduan Cemerlang dari UKM yang berasal daripada keluarga miskin dan daif untuk memohon Dermasiswa Tunku Abdul Rahman.

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam Negara di antara 1 Oktober 2011
Hingga 30 September 2012
- Berlatar belakang keluarga miskin

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan DERMASISWA TUNKU ABDUL
RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web di www.yayasantar.org.my

SEMUA PERMOHONAN MESTI DIBUAT DENGAN SOKONGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

LINK



(Source : e-Pelajar)

Taklimat Intenational Summer School: Korea University


Dimaklumkan bahawa Korea University akan mengadakan sesi taklimat mengenai International Summer School: Korea University pada 20 September 2012.

Warga UKM yang berminat dijemput hadir dalam sesi taklimat yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 September 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PHA Aras 2, Canselori

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati dengan melayari (http://isc.korea.ac.kr/v4/src/overview/welcome.php)

Sukacita kiranya pihak Saudara/ Saudari dapat memaklumkan kehadiran Saudara/ Saudari kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa di sambungan 4357 / 5057 atau emel ke azwin@ukm.my selewat-lewatnya pada 19 September 2012 (Rabu) jam 3.00 petang bagi tujuan penyelarasan.

(Source : e-Pelajar)

Hebahan ifolio (integrated Portfolio Management System)

Beginning Semester 1, 2012/2013 Session, all lecturers and students are required to utilize ifolio (integrated Porfolio Management System) instead of SPIN.

ifolio can be accessed at ifolio.ukm.my.

 Lecturers can access ifolio using their UKMPer ID and the password in eWarga; whereas, students can access ifolio using their Matric Number ID and the password in SMPWeb.

Click Powerpoint Slide for more information.



(Source : e-Pelajar)

Kes Kad Matrik Hilang atau Rosak

Perhatian kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi permohonan kad matrik yang mengalami masalah akibat hilang atau rosak diminta membuat permohonan di http://www.ukm.my/ukmcard/ dan membuat bayaran di Kaunter Bendahari Aras 1 Bangunan Canselori UKM Bangi.

Kad boleh Dituntut di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik Aras 4, Bangunan Canselori UKM Bangi .
(sila lampirkan resit sebagai bukti bayaran)


Kaunter Serahan Kad 
Kod A: (Prasiswasah) – Kad boleh diambil di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
Kod P : (Siswazah) – Kad boleh diambil di Kaunter Bahagian Pengurusan Siswazah (PPS)
Kod G : ( Siswazah) - Kad boleh diambil di Kaunter Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
Kod Z : (Siswazah ) - Kad boleh diambil di Kaunter Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)




(Source : e-Pelajar)

IKLAN BIASISWA SONY EMCS (M) SDN. BHD 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Scholarship Sony EMCS mempelawa pelajar universiti ini yang berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Program yang ditawarkan ialah
- Kejuruteraan Elektrik, elektronik / Mekanikal dan ‘Software’
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan
- Komputer Sains
- Teknologi Maklumat
- Ekonomi

Kelayakan: Diploma / Matrikulasi / Asasi – CGPA 3.00

Umur tidak melebihi 25 tahun

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon Miss Rina Wai telefon 03-89297117
or email KLScholarship.SOEM@ap.sony.com atau 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan
Embong (UKM)

Application Form

(Source : e-Pelajar)

Thursday, August 30, 2012

Semakan Kolej Semester 1 Sesi 20122013

Semakan nombor bilik dan pengesahan kolej semester 1 sesi 2012/2013 bagi pelajar senior boleh dibuat melalui laman web Unit Perumahan Pelajar https://smp.ukm.my/upp/.

Harap maklum.


Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM 2012


Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55, dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM seperti butiran berikut:

Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 8.30 malam – 12.15 malam
Tempat: DECTAR, UKM

Marilah kita sama-sama melahirkan semangat patriotik dengan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di samping dapat menyaksikan Forum Kemerdekaan dan persembahan menarik dari Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM dan Kumpulan Kesenian undangan.

Terdapat juga hadiah-hadiah menarik disediakan melalui Cabutan Bertuah.

Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.


(Source : e-Pelajar)

2012 ING INSURANCE SCHOLARSHIP


Sukacita dimaklumkan bahawa ING Insurance Scholarship mempelawa pelajar universiti ini yang
berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Program yang ditawarkan ialah
-  Perakaunan
-  Pengurusan Perniagaan
-  Komputer Sains
-  Teknologi Maklumat
-  Ekonomi
-  Undang-Undang
-  Aktuari /Matematik

Kelayakan: Diploma / Matrikulasi / Asasi – CGPA 3.50 
STPM – 3As dan 2Bs 
Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2012

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 September  2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon Puan Nor Hafizah Ahmad Marzuki
03-20584838 ext. 1417 atau 03-20584838 ext 1403 Encik Radzi  Yusof  (ING Insurance) atau
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

SCHOLARSHIP LINK
















(Source : e-Pelajar)

Postgraduate : YURAN PENGAJIAN BAGI SEMESTER I SESI 2012/2013


Adalah dimaklumkan mulai Semester 1 Sesi 2012/2013 semua pelajar pasca-siswazah dikehendaki membayar sepenuhnya yuran pengajian dan lain-lain yuran sebelum dibenarkan membuat pendaftaran.  

Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membuat  sebarang rayuan membayar sebahagian yuran / atau membayar yuran  secara ansuran.  Langkah ini diambil demi untuk mengatasi hutang tertunggak di kalangan pelajar.

(Source : e-Pelajar)

Invitation to apply for FSTEP scholarship programme - Batch 9


Greetings from FSTEP, Kuala Lumpur!

The Malaysian financial landscape has evolved to one that is sound, competitive and well
diversified. Hence, to support its dynamic growth, the financial service industry players have
collaborated to design the exclusive Financial Sector Talent Enrichment Programme (FSTEP) to
develop new talents for the financial industry.

FSTEP started in year 2007 and is the brainchild of Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Dato’
Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz and is currently managed under Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM).

FSTEP provides a one year intensive training programme in banking and insurance with a
monthly allowance of RM 2,200. The first six months will expose the participants to
comprehensive classroom training, in addition to the second six months of structured
internship with sponsoring financial institutions.

 The classroom training includes:
 Intensive English course by British Council
 Outward Bound School
 Visits to Bursa Malaysia, Bank Negara Malaysia and attending international conferences
 Technical training on conventional, Islamic and investment banking as well as insurance/takaful
 Two week practical attachment with sponsoring financial institutions
 Soft skills enhancement
 Personal development programmes
 Corporate Social Responsibility projects
 Prominent leaders’ sessions
 Bourse game
 Management game
 Power programme by Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

FSTEP is targeted at graduates with CGPA of 3.00 and above from both local and foreign
institutions of higher learning (any field of study) with less than 3 years of working experience,
age below 30.

Intake for Batch 9 is now open (closing date on October 15, 2012) and we are seeking your
assistance in recruiting participants for our forthcoming scholarship programme.

This will serve as an avenue for the interested applicants to pursue an exciting and promising career in the Malaysian financial services industry.

Interested participants can apply
1) online at www.fstep.org.my, 2) through Jobstreet, 3) email to us at enquiry@fstep.org.my, 4) fax to us at 03-2031 4766 or 5) call us for enquiry at 03-2031 4954


(Source : e-Pelajar)

Tuesday, August 14, 2012

Pendaftaran Kursus Sem 1 Sesi 2012/2013

Pelajar Program Ijazah : Pendaftaran Kursus Sem 1 Sesi 2012/2013

3 Sept : Pendaftaran Kursus bagi Pelajar Baru

10 Sept : Pendaftaran Kursus terbuka kepada semua Pelajar

10-23 Sept : Gugur/Tambah Kursus terbuka kepada semua Pelajar

24 Sept-7 Oct : Gugur Kursus 

8-14 Oct : Pengesahan Pendaftaran Kursus (sebarang perubahan kursus selepas tempoh ini tidak akan dibenarkan)

8 Oct - 4 Nov : Tarik Diri Kursus Sahaja