Wednesday, October 31, 2012

GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN DI UKM PADA 3 NOV 2012


Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik volatan rendah di bangunan Pusat Teknologi Maklumat yang melibatkan bilik suis utama pada hari sabtu, 3 November 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bekalan elektrik akan diputuskan sementara waktu dan sehubungan dengan itu capaian rangkaian di seluruh UKM akan terganggu di sepanjang proses pemasangan tersebut.

Segala kesulitan amat kami kesali


(Source : e-Pelajar)

Monday, October 29, 2012

Penyemakan & Penghantaran Dokumen Perjanjian PTPTN bagi Kelompok 2 sesi 2012/2013

PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013 (KELOMPOK II)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok lI) pelajar dikehendaki menghantar Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2012 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03‐89215316/03‐89214368 Puan Wan Roshana Wan Embong/Puan Nur’Aina Mohd Muzamil (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, October 24, 2012

Change on the Date for Returning The Convocation Robe for Postgraduate Graduate


There is a change on the date for returning the convocation robe. NO return for Postgraduate robe on the 25TH OF OCTOBER 2012 (THURSDAY). The gown return will be resumed back on the 29th of October 2012 (Monday). Please refer to the return schedule of the convocation robe for Postgraduate on the website www.ukm.my/konvo for further details. Sorry for the inconvenience.

Thank you.

[Versi BM] Pindaan Tarikh Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol Graduan Siswazah

Dimaklumkan terdapat pindaan bagi tarikh pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan siswazah. TIADA urusan pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah pada 25 OKTOBER 2012 (KHAMIS). Pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah akan disambung semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin). Rujuk semula jadual urusan pemulangan jubah di laman web www.ukm.my/konvo untuk maklumat lanjut. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

(Source : e-Pelajar)


GRADUATE APTITUDE PROGRAMME (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri (PHI, HEJIM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Masyarakat (FSSK) dan Scicom Academy Sdn Bhd akan menganjurkan Graduate Aptitude Programme (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012 pada 8 – 21 November 2012 bertempat di FSSK. 

Program ini adalah kesinambungan kepada program GAP 2011 yang telah diadakan dan melibatkan penyertaan seramai 325 orang pelajar tahun akhir UKM. Oleh yang demikian, penganjuran kali ini memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan persediaan graduan dari gugusan Sains Sosial untuk melangkah ke alam kerjaya.

Bagi pelajar yang berminat untuk mendaftar dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hubungan Industri , En Haiqal (03.8921.4656) atau Pn. Wahidah (03.8921.4604).





(Source : e-Pelajar)

Saturday, October 20, 2012

Tawaran Biasiswa Texas Instruments


Panduan permohonan Biasiswa Texas Instruments “Star Student Scholarship Program”


Kriteria Pemilihan
Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa ini akan diberikan kepada calon berpendapatan rendah dan telah diterima masuk ke UM atau UKM.  Calon yang terpilih perlu  menunjukkan pencapaian serta prestasi akademik dan komitmen  kepada akademik dan ko-korikulum di universiti. Pemilihan  akan dibuat berdasarkan  kriteria berikut:


a. Semua calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik 
b. Semua calon berjaya mendapatkan  PNGK 3.00 ke atas dan cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum 
c. Semua calon hendaklah berada dalam pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam kursus yang ditetapkan 
d. Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga yang tidak melebihi RM2500 sebulan 
e. Calon yang memiliki keputusan terbaik dari tahun pertama akan diberi keutamaan dalam proses pemilihan 
f. Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN




CLICK for more information about application guideline.


Application Form


Please EMAIL a scanned copy of this application and your supporting documents to:   rawlins@ukm.my before 2 November 2012


(Source : e-Pelajar)


Tuesday, October 16, 2012

Permohonan Masuk Peperiksaan & Draf Jadual Waktu Peperiksaan Sem I, 2012-2013

Semua Pelajar Program Prasiswazah,

a) Peperiksaan akhir Sem I Sesi 2012-2013 akan dijalankan pada 2 hingga 20 Januari 2013.

b) Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 5 hingga 11 November 2012.

c) Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.

d) Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012.

e) Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan Universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

KLIK untuk maklumat lanjut. [Versi Melayu]

CLICK for more information [English Version]

(Source : e-Pelajar)

Monday, October 15, 2012

Lantern Festival IZISH

Date : 17/10/2012

Time : 6.30pm-10pm

Venue : Cafeteria Avenue, IZISH





JPA : Keputusan Program Ijazah Dalam Negara 2012


Dimaklumkan bahawa keputusan bagi permohonan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2012 boleh disemak mulai 18 Oktober 2012 mulai jam 5.00 Petang.

http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/




Tuesday, October 9, 2012

Program Sihat - Senamrobik & Senamseni

Please be informed that UKM Sports Centre is inviting all UKM-ers to participate in the Aerobic Program as follows :

Day: Every Monday, Tuesday & Friday
Time: 5.30 pm
Venue: UKM Sports Centre

Clothing color theme:
Monday - Blue
Tuesday - Green
Friday - Red

Dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UKM menjemput semua warga UKM untuk menyertai program Program Sihat - Senamrobik & Senamseni seperti berikut:

Hari: Setiap Isnin, Selasa & Jumaat
Masa: 5.30 petang
Tempat: Pusat Sukan UKM

Tema warna pakaian:
Isnin - Biru
Selasa - Hijau
Jumaat - Merah

Aktiviti ini akan tetap diteruskan sekiranya hari hujan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
03-8921 4192 Pn. Umi Kalsom Hot
03-8921 4454 En. Asyraf / En. Yazid / Cik Alia


(Source : e-Pelajar)

Monday, October 8, 2012

Penyemakan Dan Penghantaran Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendididkan PTPTN Bagi Sesi 2012/2013 (Kelompok I)


Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok l) pelajar dikehendaki menghantar Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 , 13 dan 14 Oktober 2012 (Jumaat,Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM Bangi

UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DAN PPUKM
Tarikh : 17hb Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Ruang Legar Tingkat 1 Blok E (TIBE) UKMKL

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(Source : e-Pelajar)

Introduction Week for Student Societies

Date : 8-12 October 2012

Venue : Pusanika & Faculty


(Source : e-Pelajar)

Friday, October 5, 2012

Bas UKM 2012/2013


Zon 2 (KOLEJ PENDETA ZABA) : bermula dari Kolej Pendeta Za’ba- melalui Fakulti Kejuruteraan,Fakulti Pendidikan, Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, belakang Pusanika, Fakulti Pengajian Islam,-Berpatah Balik melalui Fakulti Pendidikan
, Fakulti Kejuruteraan, terus ke Kolej Pendeta Za’ba

Zon 3 (KOLEJ KERIS MAS) : Bermula dari kolej Keris Mas, - melalui Kelab Golf Danau, Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat- berpatah balik melalui Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Masjid, Pintu Utama, Pintu Pavillion, Kelab Golf Danau- terus ke kolej Keris Mas

Zon U (FAK. UNDANG-UNDANG) : Bermula dari Kolej Keris Mas – melalui Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Ibu Zain, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Fakulti Undang-Undang- berpatah balik melalui Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,belakang Pusanika,melalui jalan bersebelahan DECTAR,Kolej Rahim Kajai,Kolej Ibu Zain, Pusat Pengajian Siswazah-terus ke Kolej Keris Mas

Zon 6K (STESEN KOMUTER UKM) : Bermula dari Stesen Komuter UKM- masuk di Pintu Pagar Pavilillion-melalui kelab Golf danau,Kolej Keris Mas, Pusat Pengajian Siswazah,Kolej Ibu Zain,Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang,Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi,Fakulti Pendidikan,Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat – berpatah balik melalui Pintu Kejuruteraan – terus ke Stesen komuter UKM

Zon 6Z (STESEN KOMUTER UKM) : Bermula dari Stesen Komuter UKM-masuk di Pintu Pagar Pavillion,melalui Kolej Rahim Kajai,Kolej Dato’ Onn, fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat sehingga ke Kolej Pendeta Za’ba- berpatah balik melalui Pintu Fakulti Kejuruteraan – terus ke Stesen Komuter UKM


Waktu Rehat: (1pm - 2pm) & (7pm - 8pm) 



(Source : PMUKM)

Wednesday, October 3, 2012

Launch of UKM Lantern Festival

Organiser : Pesta Tanglung UKM

Date : 2 October 2012

Time : 6pm

Venue : Dewan Gemilang, UKM

Interesting Programs :
a) Lanterns Exhibition
b) Launching Sky Lanterns


Click Here for more Photos. 

Pelekat Kereta/Motosikal Pelajar Sesi 2012/2013

UKM Traffic System : http://www.ukm.my/trafik/default.htm

>>Don't forget to register your vehicles at http://www.ukm.my/trafik/default.htm and get your sticker at Wisma Aman.
Sticker effective Date is 1 October 2012.
Bring along your license, matric card and car/motor grants when you buy the sticker from Wisma Aman. <<

Tarikh pendaftaran kenderaan pelajar untuk sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah:

Siswazah : bermula 2 September 2012
Pra Siswazah : bermula 2 September 2012
Tarikh kuatkuasa pelekat : 1 Oktober 2012

Prosidur Pendaftaran Kenderaan Pelajar

1. Pelajar akan dibenarkan membawa kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
2. Hanya pelajar yang mendaftar kursus pada sesi 2012/2013 sahaja dibenarkan mendaftar kenderaan.
3. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar di kehendaki membawa :
-Lesen yang masih sah digunakan
-Kad Matrik
-Geran Asal atau salinan geran
-Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran kenderaan tersebut
4. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.
5. Pembantu penyelidik yang berstatus pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna biru.

(Source : Sistem Trafik UKM)