Thursday, February 7, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 1 SESI 2012-2013


Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2012-2013 hanya akan diketahui pada 15 FEB 2013 menerusi  gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT<No Matrik>< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 15 Februari 2013.

Mulai semester ini, Bahagian ini tidak akan mencetak keputusan peperiksaan rasmi untuk diedarkan kepada pelajar. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi melalui SMPweb dan boleh dicetak sendiri mulai 18 Februari 2013.

Pelajar boleh mencetak melalui SMPweb sebanyak 2 kali dan jika memerlukan cetakan slip ketiga, semua pelajar perlu dapatkan di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik di Bangunan Canselori.

(Source : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment