Thursday, September 6, 2012

Makluman Berkenaan PTPTN bagi Sem 1 2012/2013


1. Maklumat penting bagi bakal pemohon pinjaman PTPTN
i. Pemohon mestilah berumur 45 tahun dan ke bawah untuk memohon PTPTN.
ii. Pinjaman PTPTN maksimum RM 65,000.00 sahaja
iii. Tempoh pembukaan tawaran PTPTN adalah selama sebulan sahaja setiap kali.
iv. Tempoh untuk mendapat keputusan permohonan adalah dalam 5 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima untuk diproses.
v. Proses permohonan PTPTN akan dibuat 2 kali per semester.
vi. Pembayaran oleh PTPTN akan dilakukan pada setiap Mac dan September setiap tahun selaras dengan Sesi Akademik IPTA.

2. Tarikh tutup permohonan pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1 - 30/09/2012
Kelompok 2 - 30/10/2012

3. Bagi pelajar baru yang menerima dan menggunakan Wang Pendahuluan PTPTN(WPP) berjumlah RM 1,500.00

Penerima WPP - Tuntutan Bayaran Balik
Tidak memohon pinjaman PTPTN - Selepas 6 bulan dari tarikh WPP
Memohon pinjaman PTPTN - Akan dipotong secara berperingkat RM500 setiap kali potongan pada mana-mana semester pembayaran pinjaman oleh PTPTN

4. Tarikh pelajar UKM sedia ada (lama) dijangka akan menerima pinjaman PTPTN bagi Sem 1 2012/2013 adalah seperti berikut:

Kelompok - Tarikh tutup
Kelompok 1  - 08/09/2012
Kelompok 2 - 19/10/2012

5. Peringatan kepada pelajar untuk memastikan akaun bank yang digunakan bagi pembayaran pinjaman PTPTN sentiasa aktif (tidak berstatus domain) bagi mengelakkan pihak BIMB menghadapi masalah ketika penyaluran wang ke akaun bank pelajar. Cara untuk mengaktifkan kembali akaun bank BIMB adalah dengan melakukan apa-apa transaksi melibatkan akaun tersebut seperti simpanan atau pengeluaran.


Click HERE for more information.



(Source : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment