PERHATIAN KEPADA GRADUAN UKM BAGI KONVOKESYEN UKM KE – 40, 2012
Kajian Pengesanan Graduan (KPG) & Sistem Maklumat Alumni (SMA) , UKM
Sama ada saudara/i hadir atau tidak pada majlis konvokesyen ini, saudara/i juga diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2012 (KPG) melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2012.
Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah. Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumniukm.
Sebarang pertanyaan berkaitan KPG dan SMA, saudara/i boleh menghubungi Pejabat Perhubungan Alumni, UKM (En. Mohd Fauzi :03-8921 4699 dan Pn. Norliza :03-8921 4702).
(Source : e-Pelajar)

No comments:
Post a Comment