Friday, September 14, 2012

Tawaran PIDN 1(JPA) UKM Sesi Akademik 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan senarai nama pelajar yang ditawarkan PIDN 1 bagi Sesi Akademik 2012.

Sehubungan dengan itu, cetakan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian akan dilakukan secara online seperti tarikh berikut:
Tarikh sistem di buka : 11 September 2012
Tarikh sistem ditutup : 17 September 2012

Tarikh pemulangan Lampiran B dan dokumen Perjanjian : 1 Oktober 2012

Sehubungan dengan itu calon-calon yang berjaya di tawarkan Biasiswa JPA, Borang Lampiran B dan Dokumen Perjanjian yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar ke Pejabat Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika UKM, Bangi dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


Cetakan Surat Tawaran dan Dokumen dokumen Perjanjian lepasan PIDN 1 Tahun 2011 (Asasi dan Matrikulasi) ke Peringkat Ijazah bagi kemasukan September 2012.  

Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Tawaran dan Dokumen-dokumen Perjanjian boleh dicetak bermula 11/9/2012 sehingga 17/9/2012. Sehubungan dengan itu, ke semua dokumen yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada HEP Universiti masing-masing bagi pengumpulan dan seterusnya dihantar ke JPA.

http://esilav2.jpa.gov.my/
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

(Source : e-Pelajar)

2 comments:

  1. halo i cannot enter ...key in password cannot get in .....i try reset d bt it doesnt sent to my email.....its so messed yp right now

    ReplyDelete
    Replies
    1. ePenawaran Soalan Lazim : MENGAPA SAYA TIDAK DAPAT LOG MASUK KE DALAM EPENAWARAN?

      Sistem ePenawaran hanya untuk digunakan oleh pelajar yang telah berjaya ditawarkan biasiswa persekutuan sahaja. Pelajar yang telah berjaya ditawarkan akan dimaklumkan samada melalui pemakluman dilaman web JPA / eSILA, panggilan telefon atau emel rasmi dari JPA.

      Sekiranya pelajar telah dimaklumkan berjaya menerima biasiswa persekutuan dan telah memasukkan kata laluan yang betul tetapi masih gagal untuk log masuk ke dalam sistem, sila hubungi teknikal kami seperti yang terdapat di dalam sistem.

      Delete