Sunday, November 25, 2012

PENGEDARAN KMJP SEM I SESI 2012-2013


PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER I SESI AKADEMIK 2012-2013

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan bermula pada 2 hingga 18 Januari 2013.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012.

Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan.

Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

(Source : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment