Temasek Foundation LEaRN Scholarship at Nanyang Technological University (TF-LEaRN Scholarship @ NTU
Sukacita dimaklumkan bahawa Nanyang Technological University, Singapore membuka peluang kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk memohon Temasek Foundation LEaRN Scholarship (TF-LEaRN Scholarship) bagi pengambilan Januari hingga Mei 2013.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ntu.edu.sg/tflearn.
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web www.ukm.my/pha/TFLEaRN dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 (Khamis) jam 11.00 malam kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM melalui mel-e exchange@ukm.my dengan subjek mel-e “Application for TF-LEaRN Scholarship @ NTU”.
Syarat dan kelayakan:
Pelajar UKM sepenuh masa dan mempunyai kerakyatan daripada Negara-negara Asia kecuali Singapura;
Pelajar tahun 2 pada sesi 2012/2013;
Minimum CGPA 3.5;
Mempunyai jawatan dalam mana-mana persatuan atau aktiviti atau terlibat dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan;
MUET Band 6 atau IELTS Minimum 6
Maklumat lanjut sila rujuk http://admissions.ntu.edu.sg/ngs/tflearn/Pages/BeforeYouApply.aspx
Dimaklumkan, hanya pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 15 Ogos 2012 (Rabu).
Sekian, terima kasih.
(Source : e-Pelajar)

No comments:
Post a Comment