Sukacita dimaklumkan bahawa Universidad Intercultural del Estado de Mexico (UIEM) membuka peluang kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk mengikuti “The First International Student Mobility Partnership on Cultural Diversity” yang akan diadakan pada 26 Ogos hingga 16 September 2012.
Permohonan dibuka bermula 3 hingga 20 Julai 2012 (Jam 5:00 petang). Sehubungan itu, semua pelajar yang berminat dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan dengan melengkapkan borang permohonan (klik sini) kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM melalui emel ke exchange@ukm.my dengan subjek emel Application Mexico Summer Camp 2012.
Syarat dan kelayakkan permohon adalah seperti berikut:
• Pelajar UKM warganegara Malaysia;
• Terbuka kepada pelajar prasiswazah (Minimum PNGK 3.0) dan pelajar sarjana.
Dimaklumkan, hanya pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 26 Julai 2012 (Khamis).
(Source : e-Pelajar)
No comments:
Post a Comment