HEBAHAN Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua Tahun 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan
membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Kedua Tahun 2012
mulai 1 Ogos 2012 (Rabu).
*Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
*Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan
*Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan
*Pemohon hendaklah menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak di dalam borang permohonan dengan menandakan pada kotak yang berkaitan.
*Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A)/Profesional.
Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja
Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Banguanan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-55212275 / 55447543
http://tkwbns.selangor.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2012 (Jumaat)
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)
(Source : e-Pelajar)

No comments:
Post a Comment