Program yang ditawarkan Perubatan/Pergigian/Farmasi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Ekonomi,Sains & Teknologi, Perbankan Islam, Perakaunan, TESL dan Sains Sosial.
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web www.yp.org.my, borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke universiti / institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di universiti, sijil kelahiran/ sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada pejabat YP di alamat berikut:
Pengurus Bantuan Pendidikan,
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800
Fax: 09-5181888
Laman web: www.yp.gov.my / Email: ypahang@yp.org.my
Permohonan adalah dibuka pada 28hb Ogos 2012 (Isnin)
Tarikh tutup permohonan (Kursus Ijazah) pada 10hb September 2012(Isnin)
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)
Link
(Source : e-pelajar)

only for pahang people?
ReplyDeleteKelayakan Memohon
Delete1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU
b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.