Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55, dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM seperti butiran berikut:
Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 8.30 malam – 12.15 malam
Tempat: DECTAR, UKM
Marilah kita sama-sama melahirkan semangat patriotik dengan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di samping dapat menyaksikan Forum Kemerdekaan dan persembahan menarik dari Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM dan Kumpulan Kesenian undangan.
Terdapat juga hadiah-hadiah menarik disediakan melalui Cabutan Bertuah.
Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.
Forum Kemerdekaan Sempena Sambutan Ambang Merdeka 2012
Dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Forum Kemerdekaan Sempena Sambutan Ambang Merdeka seperti butiran berikut:
Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 8.40 malam
Tempat: DECTAR, UKM
Tajuk : Selusuri Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dan Diri Malaysia Selepas Merdeka.
Ahli Panel :
1) YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM
2) YBhg. Dato’ Seri Zaini bin Hj. Mohd Said
Tokoh Kemerdekaan / Wira Negara
Moderator :
Encik Anuar Ahmad
Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM
Kehadiran kakitangan UKM akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPel) UKM. Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.
(Source : e-Pelajar)
No comments:
Post a Comment