Tuesday, August 14, 2012

Peraduan Esei 2012 “ Memupuk Minda Bakal Pemimpin” Anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana

Yayasan Kepimpinan Perdana dengan kerjasama Yayasan Maybank sedang menganjurkan Pertandingan Esei "MEMUPUK MINDA BAKAL PEMIMPIN" yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur di antara 13 tahun hingga 25 tahun. Pertandingan ini akan dijalankan sehingga 31 Oktober 2012.

Para pelajar dijemput untuk menyertai Peraduan Esei 2012  bertemakan "WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB". Objektif peraduan ini ialah untuk mendapat pandangan pelajar Malaysia mengenai kewarganegaraan yang bertanggungjawab serta menggalakkan pemikiran kritikal dan penulisan analitikal. Ini seiring dengan saranan Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran belia Maaysia mengenai isu-isu kenegaraan demi meningkatkan semangat kekitaan.

Hadiah-hadiah lumayan seperti wang tunai sebanyak RM8000 dan lain-lain hadiah bakal dimenangi oleh pemenang yang bertuah.



Sila klik untuk maklumat lanjut.

Link

(Sumber : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment