Friday, August 10, 2012

Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu


Kepada para pensyarah/para penyelidik/pelajar-pelajar siswazah,

Sukacita dimaklumkan, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA akan menganjurkan Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu.

Sehubungan itu, semua adalah dijemput bagi menyertai bengkel yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 04 September 2012 / 17 Syawal 1433H (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Bilik Wacana, Aras 3, Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM

Sila hubungi En. Bazri Mokhtar, Pegawai Penyelidik Sosial ATMA (03-8921 3323) atau kembalikan borang penyertaan yang dilampirkan sebelum atau pada 27 Ogos 2012 menerusi faks 03-89254698 atau poskan ke alamat Jawatankuasa Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA, UKM (U/P : Encik Bazri Mokhtar).

Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis dan borang penyertaan sebagai rujukan.

Penyertaan mereka yang berminat amat dialu-alukan.

(Source : e-Pelajar)

No comments:

Post a Comment