Tuesday, August 14, 2012

Jemputan Peserta Program Social Enterprise For Economic Development (SEED) Siri Ke-3 2012
















Sila Klik untuk maklumat lanjut.

(Sumber : e-Pelajar)



Peraduan Esei 2012 “ Memupuk Minda Bakal Pemimpin” Anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana

Yayasan Kepimpinan Perdana dengan kerjasama Yayasan Maybank sedang menganjurkan Pertandingan Esei "MEMUPUK MINDA BAKAL PEMIMPIN" yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur di antara 13 tahun hingga 25 tahun. Pertandingan ini akan dijalankan sehingga 31 Oktober 2012.

Para pelajar dijemput untuk menyertai Peraduan Esei 2012  bertemakan "WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB". Objektif peraduan ini ialah untuk mendapat pandangan pelajar Malaysia mengenai kewarganegaraan yang bertanggungjawab serta menggalakkan pemikiran kritikal dan penulisan analitikal. Ini seiring dengan saranan Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran belia Maaysia mengenai isu-isu kenegaraan demi meningkatkan semangat kekitaan.

Hadiah-hadiah lumayan seperti wang tunai sebanyak RM8000 dan lain-lain hadiah bakal dimenangi oleh pemenang yang bertuah.



Sila klik untuk maklumat lanjut.

Link

(Sumber : e-Pelajar)

Friday, August 10, 2012

Penang : Bantuan RM1,000 untuk pelajar IPTA




Permohonan Baru
Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPTA bagi Sesi Akademik 2012/2013 peringkat Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Diploma / Setaraf dibuka mulai 8 Ogos 2012 sehingga 30 September 2012

Dokumen Sokongan
Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti paparan di senarai semak kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penghantaran permohonan secara online dibuat atau selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Hanya salinan surat tawaran ke IPTA dan salinan resit bayaran yuran ke IPTA yang perlu disahkan.

Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon dikehendaki mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Kegagalan mematuhi syarat-syarat tersebut akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan


Borang permohonan boleh dimuat-turun dari laman web IBITA

Link


Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu


Kepada para pensyarah/para penyelidik/pelajar-pelajar siswazah,

Sukacita dimaklumkan, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA akan menganjurkan Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu.

Sehubungan itu, semua adalah dijemput bagi menyertai bengkel yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 04 September 2012 / 17 Syawal 1433H (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Bilik Wacana, Aras 3, Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM

Sila hubungi En. Bazri Mokhtar, Pegawai Penyelidik Sosial ATMA (03-8921 3323) atau kembalikan borang penyertaan yang dilampirkan sebelum atau pada 27 Ogos 2012 menerusi faks 03-89254698 atau poskan ke alamat Jawatankuasa Bengkel Sehari Manuskrip Alam Melayu, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA, UKM (U/P : Encik Bazri Mokhtar).

Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis dan borang penyertaan sebagai rujukan.

Penyertaan mereka yang berminat amat dialu-alukan.

(Source : e-Pelajar)

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM 2012

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM 2012
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55, dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat UKM seperti butiran berikut:

Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 8.30 malam – 12.15 malam
Tempat: DECTAR, UKM

Marilah kita sama-sama melahirkan semangat patriotik dengan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Di samping dapat menyaksikan Forum Kemerdekaan dan persembahan menarik dari Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM dan Kumpulan Kesenian undangan.

Terdapat juga hadiah-hadiah menarik disediakan melalui Cabutan Bertuah. 

Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.


Forum Kemerdekaan Sempena Sambutan Ambang Merdeka 2012

Dimaklumkan bahawa UKM akan menganjurkan Forum Kemerdekaan Sempena Sambutan Ambang Merdeka seperti butiran berikut:

Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 8.40 malam
Tempat: DECTAR, UKM
Tajuk : Selusuri Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dan Diri Malaysia Selepas Merdeka.

Ahli Panel :
1) YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
    Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM
2) YBhg. Dato’ Seri Zaini bin Hj. Mohd Said
    Tokoh Kemerdekaan / Wira Negara

Moderator :
Encik Anuar Ahmad
Pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM

Kehadiran kakitangan UKM akan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (eSPel) UKM. Semua Warga UKM dan Masyarakat Sekitar Lembah Kelang dijemput hadir.



(Source : e-Pelajar)