Wednesday, June 27, 2012

Jemputan Menyertai Graduate Aptitude Programme 2 (GAP 2)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri, HEJIM akan menganjurkan Graduate Aptitude Programme (GAP) 2. GAP 2 merupakan kesinambungan projek rintis meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa UKM, iaitu GAP yang telah dijalankan pada 2011 dengan penyertaan seramai 400 orang pelajar.

Bagi tahun 2012, maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 1 – 15 Julai 2012
Tempat : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan di dalam program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), UKM.

Bagi GAP 2, fokus utama penyertaan adalah kepada pelajar dari Tahun 1 dan 2 yang mendapat MUET di bawah jalur 4 (4 – 1). Sungguhpun begitu, penyertaan daripada mahasiswa di luar lingkungan ini juga adalah dialu-alukan.

Satu sesi pendaftaran akan diadakan sepertimana berikut :

Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Foyer PUSANIKA (berhadapan Bilik Gerakan HEP)

Untuk maklumat lanjut sila semak poster.

(source : e-Pelajar)

Sunday, June 24, 2012

IKLAN TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SESI JULAI & SEPTEMBER 2012

Sukacita dimaklumkan Yayasan Pahang mempelawa kepada warganegara Malaysia serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Pahang yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana/PhD/Diploma di Universiti tempatan (IPTA/S di dalam Negara/luar Negara)

Program yang ditawarkan Perubatan/Pergigian/Farmasi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Ekonomi,Sains & Teknologi, Perbankan Islam, Perakaunan, TESL dan Sains Sosial.


Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web www.yp.org.my, borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP berserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke universiti / institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di universiti, sijil kelahiran/ sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada pejabat YP di alamat berikut:

Pengurus Bantuan Pendidikan,
Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800
Fax: 09-5181888
Laman web: www.yp.gov.my / Email: ypahang@yp.org.my

Permohonan adalah dibuka pada 28hb Ogos 2012 (Isnin) 
Tarikh tutup permohonan  (Kursus Ijazah) pada 10hb September 2012(Isnin)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

Link 
(Source : e-pelajar)

Friday, June 22, 2012

MEMO KEPADA PELAJAR KOLEJ AMINUDDIN BAKI

1. Penginapan  Semester 1 sesi 2012/2013 
Untuk semester 1 sesi 2012/13 bulan September nanti, tiada sebarang permohonan atau pengesahan penginapan kolej akan berlaku. Semuanya akan ditempatkan secara automatik di kolej yang sama seperti pada semester 2 sesi 2011/12.

Sekiranya ada yang ingin keluar atau berpindah ke kolej lain, sila buat permohonan dan hantarkan borang tersebut di pejabat.


2. BLOK YANG DIBUKA SEMASA CUTI LUAR SEMESTER
K5A, K5B, K5C, K5D, K6A, K6B, K6C

BAGI PELAJAR YANG MOHON PENGINAPAN SEMESTER 3 DAN LUAR SEMESTER DAN BLOK MEREKA TERLIBAT SEMASA CUTI SEMESTER, PELAJAR AKAN DITEMPATKAN DI BILIK ASAL. PELAJAR HANYA PERLU T/TANGAN KELUAR DI BUKU BLOK SEMESTER 2 SESI 2011/2012, KUNCI TIDAK PERLU DISERAHKAN.

* YANG TIDAK APPLY BILIK MASA SHORT SEM PERLU KOSONGKAN BILIK. 


3. Pembukaan Kaunter Sewaan dan Stor Blok
KAUNTER SEWAAN PETI KELANGKASAR AKAN DIBUKA MULAI :
TARIKH: 19 JUN 2012 (SELASA)
TEMPAT : KAUNTER PEJABAT
BAYARAN : RM 15

KAUNTER SEWAAN STOR PUSAT KEMUDAHAN PELAJAR AKAN DIBUKA MULAI:
TARIKH : 19 JUN 2012 (SELASA)
TEMPAT : KAUNTER PEJABAT
BAYARAN : RM 10 (TERHAD 2 KOTAK SAHAJA SEORANG, KOTAK ADA DIJUAL DI PEJABAT)

PENYIMPANAN BARANG DI STOR BLOK AKAN DIBUKA MULAI:
TARIKH : 20 JUN 2012 (RABU)
TEMPAT : KAUNTER PEJABAT

WAKTU PEJABAT SAHAJA.

P/S: PELAJAR SENIOR AKAN MENDAPAT PENGINAPAN DI KOLEJ YANG SAMA SEHINGGA TAMAT PENGAJIAN. TIDAK PERLU BUAT PENGESAHAN KOLEJ KECUALI INGIN KELUAR DARI KOLEJ.


4. Peraturan Mengosongkan Bilik :
Tarikh akhir bagi check out ialah 29 Jun (bagi yang tidak ada short sem & penginapan luar)
Kaunter : 8pg-12tghari, 2.45ptg-5.00ptg
Sila serahkan kunci bilik bersama-sama langsir

Penginapan Sem 3 & Luar Sem
Tarikh check in : 1 Julai 2012
Pelajar blh check out dan check in pada hari yang sama
9pg - 12tghari, 2.30ptg - 4.00ptg

Penginapan Sem 1 Sesi 2012 / 2013
Tarikh check in : 9 September 2012 - 17 September 2012
9pg - 12tghari, 2.30ptg - 4.00ptg

HARAP MAKLUM.  

(Source : KPTS FEP UKM)

Undian Rekabentuk dan Warna Baru Bas UKM

Vote for New Design and Colour of UKM Bus :-
Start Date : 22/06/2012
End Date : 29/06/2012

Undian Rekabentuk dan Warna Baru Bas UKM :-

Tarikh Mula : 22/06/2012
Tarikh Tamat : 29/06/2012

http://ewarga.ukm.my/eundi/login.cfm


















(Source : eUNDI)