Thursday, February 7, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 1 SESI 2012-2013


Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2012-2013 hanya akan diketahui pada 15 FEB 2013 menerusi  gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT<No Matrik>< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 15 Februari 2013.

Mulai semester ini, Bahagian ini tidak akan mencetak keputusan peperiksaan rasmi untuk diedarkan kepada pelajar. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi melalui SMPweb dan boleh dicetak sendiri mulai 18 Februari 2013.

Pelajar boleh mencetak melalui SMPweb sebanyak 2 kali dan jika memerlukan cetakan slip ketiga, semua pelajar perlu dapatkan di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik di Bangunan Canselori.

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, January 16, 2013

Friday, December 14, 2012

Notis Pengesahan Kolej Bagi Sem 2 Sesi 2012/2013


1. PENGESAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER II SESI 2012/2013
A) sila buat pengesahan mulai 17 hingga 31 Disember 2012
B) selepas tarikh ini pengesahan penginapan anda akan dirujuk kepada pengetua kolej untuk kelulusan
C) pengesahan hendaklah melalui web : https://smp.ukm.my/upp/
D) pendaftaran masuk kolej mulai 18 Februari 2013

2. PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2012/2013
A) pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara "on line" https://smp.ukm.my/upp/mulai 1 hingga 31 Disember 2012
B) keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms sebelum semester 2 dibuka

3. TARIKH AKHIR PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN PENGINAPAN LUAR SEMESTER I SESI 2012/2013
A) tarikh akhir mengosongkan bilik pada 19 Januari 2013
B) permohonan penginapan luar semester (Sem 5) adalah secara "online" https://smp.ukm.my/upp/ mulai 1 hingga 15 Januari 2013.

(Source : e-Pelajar)

Monday, December 10, 2012

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia


Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia akan diadakan pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a) Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia (goodies berupa ‘safety hammer’ akan diberikan kepada peserta yang hadir).
b) Permainan Facebook ‘Allianz Drive Master’ dan hadiah yang akan dimenangi adalah merchandise Formula 1 (F1).
c) Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain.
d) Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal.
e) Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata.

Semua pelajar dijemput untuk menyertai majlis dan taklimat serta aktiviti kempen. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Mohon semua pelajar untuk menghebahkan tentang majlis dan taklimat ini serta aktiviti kempen kepada rakan-rakan. Semua pelajar yang menghadiri majlis dan taklimat ini akan diberikan surat pengecualian kuliah (sekiranya perlu). Sila klik untuk agenda dan poster kempen. Lawati dan ‘like’ facebook HEJIM (www.facebook.com/UKMhejim) untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, mohon hubungi Puan Farah di talian 89213355




(Source : e-Pelajar)

PENYERAHAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA BAGI TAHUN 1 DAN 3


Sukacita dimaklumkan bahawa penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia bagi pelajar Tahun 1 dan 3 akan diadakan pada:

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 12 dan 13 Disember 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 3, (Berhadapan PMUKM) Bangunan Pusanika, UKM Bangi.



(Source : e-Pelajar)