Wednesday, October 31, 2012

GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN DI UKM PADA 3 NOV 2012


Adalah dimaklumkan bahawa pihak JPP akan menjalankan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik volatan rendah di bangunan Pusat Teknologi Maklumat yang melibatkan bilik suis utama pada hari sabtu, 3 November 2012 mulai jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bekalan elektrik akan diputuskan sementara waktu dan sehubungan dengan itu capaian rangkaian di seluruh UKM akan terganggu di sepanjang proses pemasangan tersebut.

Segala kesulitan amat kami kesali


(Source : e-Pelajar)

Monday, October 29, 2012

Penyemakan & Penghantaran Dokumen Perjanjian PTPTN bagi Kelompok 2 sesi 2012/2013

PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SESI AKADEMIK 2012/2013 (KELOMPOK II)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2012/2013 (Kelompok lI) pelajar dikehendaki menghantar Dokumen Perjanjian pada :

UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2012 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika, UKM

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03‐89215316/03‐89214368 Puan Wan Roshana Wan Embong/Puan Nur’Aina Mohd Muzamil (UKM)

(Source : e-Pelajar)

Wednesday, October 24, 2012

Change on the Date for Returning The Convocation Robe for Postgraduate Graduate


There is a change on the date for returning the convocation robe. NO return for Postgraduate robe on the 25TH OF OCTOBER 2012 (THURSDAY). The gown return will be resumed back on the 29th of October 2012 (Monday). Please refer to the return schedule of the convocation robe for Postgraduate on the website www.ukm.my/konvo for further details. Sorry for the inconvenience.

Thank you.

[Versi BM] Pindaan Tarikh Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol Graduan Siswazah

Dimaklumkan terdapat pindaan bagi tarikh pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan siswazah. TIADA urusan pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah pada 25 OKTOBER 2012 (KHAMIS). Pemulangan jubah dan pengambilan skrol bagi graduan Siswazah akan disambung semula pada 29 Oktober 2012 (Isnin). Rujuk semula jadual urusan pemulangan jubah di laman web www.ukm.my/konvo untuk maklumat lanjut. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

(Source : e-Pelajar)


GRADUATE APTITUDE PROGRAMME (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri (PHI, HEJIM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Masyarakat (FSSK) dan Scicom Academy Sdn Bhd akan menganjurkan Graduate Aptitude Programme (GAP) dan Karnival Kerjaya Gugusan Sains Sosial 2012 pada 8 – 21 November 2012 bertempat di FSSK. 

Program ini adalah kesinambungan kepada program GAP 2011 yang telah diadakan dan melibatkan penyertaan seramai 325 orang pelajar tahun akhir UKM. Oleh yang demikian, penganjuran kali ini memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan persediaan graduan dari gugusan Sains Sosial untuk melangkah ke alam kerjaya.

Bagi pelajar yang berminat untuk mendaftar dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hubungan Industri , En Haiqal (03.8921.4656) atau Pn. Wahidah (03.8921.4604).





(Source : e-Pelajar)