Thursday, September 6, 2012

Hadiah Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) 2012


YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (YTAR)
HADIAH DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (DTAR) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa Graduan Cemerlang dari UKM yang berasal daripada keluarga miskin dan daif untuk memohon Dermasiswa Tunku Abdul Rahman.

Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam Negara di antara 1 Oktober 2011
Hingga 30 September 2012
- Berlatar belakang keluarga miskin

Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan DERMASISWA TUNKU ABDUL
RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web di www.yayasantar.org.my

SEMUA PERMOHONAN MESTI DIBUAT DENGAN SOKONGAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon 03-89215316 Puan Wan Roshana
Wan Embong (UKM)

LINK



(Source : e-Pelajar)

Taklimat Intenational Summer School: Korea University


Dimaklumkan bahawa Korea University akan mengadakan sesi taklimat mengenai International Summer School: Korea University pada 20 September 2012.

Warga UKM yang berminat dijemput hadir dalam sesi taklimat yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 20 September 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PHA Aras 2, Canselori

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati dengan melayari (http://isc.korea.ac.kr/v4/src/overview/welcome.php)

Sukacita kiranya pihak Saudara/ Saudari dapat memaklumkan kehadiran Saudara/ Saudari kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa di sambungan 4357 / 5057 atau emel ke azwin@ukm.my selewat-lewatnya pada 19 September 2012 (Rabu) jam 3.00 petang bagi tujuan penyelarasan.

(Source : e-Pelajar)

Hebahan ifolio (integrated Portfolio Management System)

Beginning Semester 1, 2012/2013 Session, all lecturers and students are required to utilize ifolio (integrated Porfolio Management System) instead of SPIN.

ifolio can be accessed at ifolio.ukm.my.

 Lecturers can access ifolio using their UKMPer ID and the password in eWarga; whereas, students can access ifolio using their Matric Number ID and the password in SMPWeb.

Click Powerpoint Slide for more information.



(Source : e-Pelajar)

Kes Kad Matrik Hilang atau Rosak

Perhatian kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi permohonan kad matrik yang mengalami masalah akibat hilang atau rosak diminta membuat permohonan di http://www.ukm.my/ukmcard/ dan membuat bayaran di Kaunter Bendahari Aras 1 Bangunan Canselori UKM Bangi.

Kad boleh Dituntut di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik Aras 4, Bangunan Canselori UKM Bangi .
(sila lampirkan resit sebagai bukti bayaran)


Kaunter Serahan Kad 
Kod A: (Prasiswasah) – Kad boleh diambil di Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
Kod P : (Siswazah) – Kad boleh diambil di Kaunter Bahagian Pengurusan Siswazah (PPS)
Kod G : ( Siswazah) - Kad boleh diambil di Kaunter Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
Kod Z : (Siswazah ) - Kad boleh diambil di Kaunter Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB)




(Source : e-Pelajar)

IKLAN BIASISWA SONY EMCS (M) SDN. BHD 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Scholarship Sony EMCS mempelawa pelajar universiti ini yang berminat dan berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Program yang ditawarkan ialah
- Kejuruteraan Elektrik, elektronik / Mekanikal dan ‘Software’
- Perakaunan
- Pengurusan Perniagaan
- Komputer Sains
- Teknologi Maklumat
- Ekonomi

Kelayakan: Diploma / Matrikulasi / Asasi – CGPA 3.00

Umur tidak melebihi 25 tahun

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2012 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi atau telefon Miss Rina Wai telefon 03-89297117
or email KLScholarship.SOEM@ap.sony.com atau 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan
Embong (UKM)

Application Form

(Source : e-Pelajar)